background

Daisypath Anniversary Years TickerDaisypath Next Aniversary PicLilypie 2nd Birthday PicLilypie 2nd Birthday Ticker

Monday, December 20, 2010

Siakap pedas berserai..

Ni la siakap berserai Mr Mj. Ni semua dia yg buat.

Salam.... yuhuu
Harini aku nak masuk recipe ciptaan Mr. Mj lg....
Nmpaknya Mr MJ semakin expert memasak.. kalah dah aku...
Ini tkelh jadi ni. Sedapp bangatt kali ni dia masak...tp,,sedap2 tu adalah hasil tngn aku jgk yg meletak garam gula suma...hahahah..( kes jeles sbb tkleh trima knyataan MR Mj masak lg best) hahahhaah
Mr.Mj bab2 letak perasa ni dia tak expert lg..
NI dia recipe siakap berserai ni.

Bahan2nya:

ikan siakap seekor
Serai 3 btg > dihiris halus (blend pn lagi sodap)
Bwng merah
Bwng putih
Bwng besar > ptg baji
Cili kering yg dikisar
Sos tomato
Sos tiram
2 helai daun limau purut
Air limau nipis sedikit
Cili hijau / merah utk hiasan
Cili padi kalau nak lebih pedas
Tomato ( tp Mr Mj tak letak hritu dia tak suka)

Cara2nya

Ikan siakap digoreng dulu. (Aku suka yg garing)
Tumis bwng merah dan putih yg dicincang halus smpai naik bau. Masukkan serai ygdiotong halus atau blend. kemudian masukkan cili blend. Masak smapi pecah minyak. masukkan sos tomato dan tiram. Agak2 dh nmpk mcm pekat masuk kan bwng besar, cili padi, tomato, dan daun limau purut. Sebati semua. Curahkan atas ikan . Hias ikut suka..Siap dihidangkan....

Selamat mencuba..

Thursday, December 16, 2010

ayam oren bercili




Salam............

Ha lamanya haku tak update blog ni kan....
bkn apa... malas bebebor nak naip. + keje kt opis tgh melambak.. very busy the busy the....hahahah
Ni haku nak letak satu resipi terbaru ciptaan hubby ku syg. Mr. MJ.. haaa ampa jgn tak caya...
Mr. MJ skali skala masak., suka cipta resipi baru...
Sedap leh tahan jgkk aaaa...
pssstt....Kak yani n ayu.... sila laa cuba yer.. hahahahah jgn tak caya resipi meor ni.. hahahahha

Bahan2nya:

Bwng putih } di potong halus
Bwng merah }
Bwng besar
Ayam dipotong kecil / atau ikut suka ampa laa no
Kicap manis
Sos tiram
sos tomato
Cili Padi - dipotong ikut suka jgk
Oren sunquick 1 @ 2 sudu besar
Minyak utk menumis / kalu bule bnyk sket sbb nk masukkan ayam

Cara2:

Tumis bwng2 sampai naik bau. Kemudian masukkan ayam dn goreng hingga ayam masak..
Tuang kicap, sos tiram n sos tomato. Masukkan oren, perisakan dgn garam /gula secukup rasa.
Tabur bwang besar yg dihiris bulat or ikut suka.. Biar betul2 sebati semua.. Siap dihidangkan..

Wednesday, December 8, 2010

Enjoy




Last weekend aku ke Singapore dgn kwn2 ofis dan paling best sbb aku dpt bwk Mia syg...
paling paling sgt best dpt masuk Universal Studio.. seronok dpt bwk Mia p jln2. Merasa dia pegi tempat orng....
we enjoy together....



Thursday, December 2, 2010

vacation

knok knockk.....
3,4,5 Dec off to Singapore

Tuesday, November 23, 2010

cuti2

Salam......

Wuhuuuu sgt seronottt aku bercuti
Hrini baru masuk keja....
Mcm2 crita .. cuti 5 ahri aku kt kg... sgt syioookkk maaaa...
nti time2 rajin ceq crita

Thursday, November 11, 2010

Covering duties

Owh owhhhh.....
you are assigned to cover the duty of Ust. Ismail who will be leave
for Hajj from 1st Nov until 10th Dec. 2010
Uhukhuhuhu.. lg bnyk reja hakuu..
pastu lam surat ni tulis " you are not allowed to take annual leave within 28 days from the date you caovered the duties in order for you to be paid for the covering allowence"......
aiyaaakkk mcm mana looohh
.
Mcmana kalu cuti raya haji ni?? takpe la, tk dpt allowence pn tkpa.
Janji haku nak balik kgggg...

MiA syg

Mia dah senang bangun pagi...
ibu suka... kalu tak jenuh pepagi ibu dok terpekik2 kejut Mia
tu belum kejut daddy lg tu...
hahahahhahahaa

Wednesday, November 10, 2010

aku & DIA saja yg tahu...

Ya Allah...
hanya aku dan Kau saja yg tahu
Aku mohon kepadamu Ya ALLAH.. kau berikanlah keajaiban pd diriku
pd semuanya agar kmbali kpd keadaan yg sgt aku rindui...
Ku mohon jga berilah kekuatan kpd ku menempuh segala cubaan rintangan yg Kau beri ini
Aku pasrah aku redha... Amin..

entah

aku rasa lebih baik aku ja yg jadi bos mcm ni
letih aaaa
tp takpa.. buktikan anda bule buat
mana tau kot2 nnti dirpmote jd bos..
hakhakahkahkakahhka

wink wink

Tuesday, November 9, 2010

-KEPALA-

kepala dah ada!!! wink wink.....
kini opis kami dah ada kepala setelah sekian lama bergerak sndiri tanpa kepala
apa2 pun dulu walau tanpa kepala kami masih boleh berdiri teguh bergerak aktif tanpa kepala...
syabassss CCAC



gilaaa... kepala apa laa budak ni ckp




kepala itu adalah HOD
=
Head of Department.........




Monday, November 8, 2010

Hamster oh hamsterrr.

Hemmmmmm....

Haritu daddy penin kat mana nk bli hamster a.k.a tikus comei ? mia kata binatang gemuk comei. entah tang mana yg gemuk entah laa anak aku sorng tu ..

Al kisahnya.. Princess mulut mak enon tu la, entah takdak angin takdak ribut dia tiba2 dok minta kat aku nak binatang comei yg gemuk.." ibu nama apa binatng yg gemuk comei tu?? mia nak laa .. "
Hah sudah,, aku dok pikir apa menatang laa yg gemuk comei tu?? kucing ka? bukann ,, ikan ka , bukannnn" katanya.. Sambil2 dia dok baca kamus bergambar dia tu,, jumpa laa si tikus comei ni,. Ha yg ni laa ibu ni yg gemuk comei ni.,,, owhh baru ku tahu hamster ropanya..hihihihi.
Haishhh kot mana pulak laa si comei aku ni pndai nk bela pet. Kalu nak p minta kt daddy... hihihi ibu tak le gemar sgt nk membela2 ni. Dia pun dgn gigih p bgtau daddy. Daddyy plak jnji nk bli.

Esok hari,,, time balik skolah apa lagi,, budak kecik ni tuntut la apa yg dijanjikan.. Dia ni bukan bule janji... ingt smpai bila2... huhuh. Nak tak nak daddy kena la bwk. cari kt rawang mcm ampes.. tulis kedai haiwan, skali masuk sekoq hewan pun tarakkk,, mkanan hewwan melambak la. heii apadaaaaa ini kedai. Jdnya tk dpt la itu hari.. kesokan hri plak la baru kami jmpa kdai hewan . tu pun si dikyah yg ckp ada kt danau kota.. mulanya p dkt carefour wangsa maju tu. tp cam tak bnyk pilihan ja.. cam tak best ja. At last dpt la bli hamster kt kedai hewan kt danau kota tu. On d way balik.. anak aku tu betapa excitednya dia dpt hamster,,, spnjgn pejalanan tu dia dok laa tgk pastu belek2 hamster yg dok lam sngkar tu.. haishh mcm2 laa minah kecik ni.. kalu tak dh lama dah zzzzz atas riba aku. Ini takde nye aiihhh.. dia bule dok renung hamster tu ,,dlm gelap pun takpa.. hihi mcm2 anak aku ni.

Bli yg kecik2 je.. aku geli la nak pegang.. sntuh skit bule aa.. nk pegang sekoq tu geli aaa..
Mia pun sama la.. beria la nak bela.. tp daddy suh pegang takmo plak dia.. dia cuit2 menatang tu ada la. Tp yg nk tegelaknya aku,, hari esoknya.. bgun ja tidoq dia p la ngkt sngkat hmster tu ke sana ke sini... kesian aku tgk menatang tu.. terhoyong hayang .. entah2 peninn pa hamster tu dikerjakn dek si mia... kita tgk lama mana la betahan hmster tu yeee...hihih

NNti aku amik gambo hamster nnti aku tempek kt sini noo... currently gambo takdo laie... hehehheheh


okesssss laaa... sekian.

Wednesday, November 3, 2010

Banjir di utara

Salam

Emm.. sian tgk org2 yg kena banjir kt utara kedah ngn perlis nun..
Rasa simpati jgk bila baca suratkhabar harini tgk mangsa2 banjir ni.
Aku ni mmg cpt tersentuh tmbah2 bila tgk anak2 kecik. Syukur rumah aku kt kulim nu tk penah laa kena banjir ,, sbb umah kami dok atas bukit. Jd tak tau laa cmna rasa kena banjir.

Anak buah aku sorng dok kt uitm arau perlis nu kesian . dia dok crita terkandas kt tmpt dorng dh mcm dok kt pulau, takleh nak p mana. Bekalan mknanan dh tk cukup. Sian sungguh.
Pastu adik biras kami yg dok kt aloq staq nu dh la lam pntng,,sian.. dok ngnkut ngn anak kecik dia naik trak askar.. Dugaan kan.

Tgk orng yg terkndas trpksa paut kt pokok la,, dok atas pokok la.. ish2.. Kira tahun ni depa kata paling teruk la banjir ni. Harap2 takda apa2 kejdian buruk menimpa mereka suma.

Ok lah.... yg ni ja cheq nak crita... otak beku la.. hrini mcm tak reti nk mengayat...


Ok cau cin cau

Thursday, October 28, 2010

Kari@Gulai daging & Udang goreng kunyit

Salamm...


Menu mlm td... Mr. MJ request nak mkn kari daging..
Jd ceq masak la kari daging utk dia.
Selain tu ada la jgk ce goreng udang ngn kunyit
Pastu masak sayur bayam merah wat sup ja....
Mcm besa gambaq tarakkk
Mesti dak sidratul muntaha tu baca pastu rasa hmpes sbb takde gambaq..n takdak resipi.. den malas ni. hahahhahah..Ini je yg haku rajin nak naip tuk harini ...
hokesss byeee

Wednesday, October 27, 2010

Nasi Ayam hadamia

Yuhuu\


Mcm besa,, tiap2 hari on the way balik ke rumah dlm keta antara dialog2 yg msti ada adalah,, " mlm ni kita nak mkn pe ye bang? Abg ckp ja nk mkn pe ayang masak.
Encik abang plak jwpn slalunya, "apa2 je " malas masak nasi goreng ja.
Emmm hihih sempoikan laki ceq ni. Ceq ja slalu dok memeningkan diri sndiri nak masak pa.. hahahah
Mlm td ceq bg cadangn masak nasi ayam je, Encik abg ngikut ja. Dia kata hokess ceq pun suka la.
Balik umah,, cek buat apa yg patut, pas maghrib baru la ceq mulakan kerja2 memasak.

Sekejap ja ceq wat nasi ayam ni. NAsi ayam yg simple je.. mls nk bermcm2.
Ayam ceq rebus sekejap tuk mndptkan stok ayam tu.
Pastu perap ngn hoisin sos, kicap, madu. Ceq perap kejap je. Kalu lama2 lg sdp. Sbb nk mkn dah kan. Pastu digorenglah ayam tu.
Nasi lak ceq masak pakai stok ayam tu.
Sayurnya hanya ada timun dan tomato ja., tomato besaq ni Mia takmo .. awal2 dia dah request Mia nak tomato yg bulat2 tu" katanya.. "mmg la tomato suma bolat "cik anak oi..daddy kata. |Hihihi
Time mkn dia takmo tomato yg dipotong tu,, (tomato besaq tu) .. rupnya baru kufaham.tomato bulat2 tu adalah cherry tomato tu. dia suka cherry tomato tu,, nasib baik ada lg dlm peti sejuk tu.
Untuk sambal ceq blend cili merah n cili padi merah tu dn garlic. pastu ceq tambah2 sos sket,... masak kan sket... siap...
Kicap tak buat.. sbb encik abgn tkmo.

Mknlah kami nasi ayam sempoi ja mlm td,....

Tp ceq takdak gambaqnya... suh Encik Mj tu snap kan guna Nikon dia yg gabak tu . tp katanya "
Malasla...nasi ayam pun nak amik gamborrr... yaa ampunnn" tak kosa aku nk melwn dah...
perut pun dah lapaq sgt... Jom melantak.... Jadi takdak laa gambaqnya... Sori noooo..

Sekian crita nasi ayam ceq.

Thursday, October 21, 2010

WaJAh2 yg Ku SayAnG






Buah - buahan tempatan




Buah Markisa yg kt umah ceq


Salam... Ha ni entry ceq nak letak gambaq buah2 tempatan. Tp idak le bnyk nauu buah nya.. Ada 3 jenis buah ja Buah2 ni ceq dpt masa cuti raya kt kg ceq hritu nun.. kt kulim kedah nun.. Nak crita pasai buah yg satu ni,. Rasanya buah ni orng jrang dpt.. dn rasa ad stgh orng tak tahu pun buah apa tu. BUah markiasa... BUah ni ada kt umah ceq.. Mak ngn ayah ceq yg dok tanam pokok ni.. Ok ni ada sikit info ttg pokok ni... Info dr En. |Google. hehe 1. Buah markisa.

Pokok Markisa atau juga dikenali sebagai buah susu, merupakan sejenis pokok yang menjalar bagi mendapatkan cahaya matahari. Buahnya yang rasa sedikit masam dan manis boleh dimakan begitu sahaja ataupun dijadikan minuman. Kini terdapat jus markisa dijual di pasar raya atau kedai-kedai.

Pokok markisa ini terdapat di kebanyakan negara-negara tropika dan sub-tropika terutama di Australia, India, Kenya, New Zealand dan Hawaii. Markisa ditanam secara komersil di negara-negara berkenaan. Dua varieti yang biasa ditanam untuk tujuan ini ialah markisa berkulit warna kuning (Passiflora edulis f.flvicarpa) dan buah markisa berkulit warna ungu (Passiflora edulis sim).

Terdapat dua jenis markisa, satu berwarna kuning yang tumbuh di dataran tinggi dan satu lagi berwarna ungu. Walau bagaimanapun, rasa kedua-dua jenis ini adalah sama sahaja. Varieti kuning didapati lebih sesuai ditanam di Malaysia kerana boleh mengeluarkan hasil yang lebih tinggi berbanding varieti ungu. Varieti kuning ini telah dibawa ke Malaysia dari Australia dan Hawaii pada tahun 1960-an. Markisa ialah tanaman saka yang menjalar. Buah markisa mengeluarkan sulur paut dari pangkal daun. Bentuk daunnya bulat membujur dan rata di tepi.

Di Malaysia, markisa dari varieti kuning mula menghasilkan buah dalam jangka masa 5-6 bulan selepas tempoh penanaman dan jangka hayat pokok adalah lebih kurang 3 tahun. Lebih kurang 74 hari selepas pendebungaan, bunga akan menjadi buah yang bujur berukuran kira-kira 7 cm dan 6 cm dan mempunyai berat dalam lingkungan 8 g. Buah ini manis serta mempunyai rasa dan bau yang sedap apabila ranum.

Buah markisa boleh didapati sepanjang tahun tetapi puncak pengeluarannya ialah di antara bulan Disember hingga Januari dan Julai hingga Ogos. Indeks kematangan komersil untuk buah markisa adalah apabila buah tersebut jatuh dari tangkainya secara semulajadi. Maka barulah buah markisa tersebut boleh dituai. Ini selalunya berlaku selepas 75 hari selepas proses pendebungaan.

Buah markisa ungu sesuai dimakan mentah manakala buah markisa kuning pula sesuai digunakan untuk penghasilan jus. Pulpa markisa boleh dijadikan jem, agar-agar, perasa ataupun campuran kepada yoghurt dan aiskrim. Selain mempunyai citarasa dan aroma yang unik, jus markisa merupakan sumber yang kaya dengan pro-vitamin A, vitamin C, niasin, dan riboflavin. Ia boleh dijadikan komponen untuk minuman sirap, kek, roti dan susu. Kulit buah markisa pula boleh dijadikan makanan ternakan.


2. Buah Kelubi

Ceq jgk bli buah kelubi.. buah ni mesti ramai yg tahu,, tambah2 kalu yg hantu jeruk. Buah ni gilaa punya masam.. Buah ni ceq beli kt Baling.. Kat sana bnyk sgt buah kelubi ni. Kalu balik Baling.. aku mesti nak cari buah kelubi ni.. Mkn yg fresh laa baru best.

Pokok Asam kelubi adalah sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Nama saintifik pokok Asam kelubi adalah Eleiodoxa conferta. Pokok ini hampir sama rupanya dengan pokok nipah tetapi lebih kecil. Tumbuh di kawasan hutan paya. Mempunyai buah yang sangat masam. Buahnya dijeruk dengan sedikit garam dan dinamakan jeruk kelubi.



3. Buah Limau Gedangsa.

Buah limau gedangsa ni ceq amik kt kg mak ceq kt Baling jgk..Paklong ceq yg dok tlg kaitkan buah ni bg kt ceq.. Buah ni lebih kurang sama ngn limau Bali.. tp yg berlainan nya adalah isi dia.. Limau gedangsa ni isi dia kemerah merahan dan limau Bali plak isi putih..

Banyk biji jgk ceq wak balik kulim hritu, pastu wak balik mai K.L ni.. Banyk sungguh buah ni. Rasanya tak penah tak berbuah pokok dia.. Seingt ceq , pokok ni dah tua dah,, sbb dr ceq kecik2 lg pokok ni dah ada dah,, smpai laa la ni, ceq pun dah beranak sorng dah, pokok ni masih setia lg dok kt situ, buah dia pulak tak putus2.. Sayang ceq ngn pokok ni.


laksa emak ku..



Laksa ni masa hari raya ke -3 hritu nun....
Tgk gambaq ni buat aku tringt2 laksa mak ku...
Sungguh marvellous.
Ini la laksa utara....
Resipi mcm besa la yer...
Ceq malas nak naip ni... huhuhu//
Jd kalu nk resipi, tnya ceq sndiri la noo...

Wednesday, October 20, 2010

hoho

yuhuuuu... lamanya aku tak update apa2 kt ini blog...
sbbnya aku sgt malas nak menaip dan jgk sudah tak tahu nk nulis apa..
crita bnyk ..bulan posa. raya . lepas raya .. jamuan raya .suma ada.
Tp aku sgt la tidak rajin nk berblog.
Skarang masih di opis, si Mia pn ku bwk skali ke sini ha...
Td ke hospital cek up tiroid..Everything is under control..
ok to be continued

bizi

kesibukan melampau this week....
haahhhhhh... penatt...

Friday, September 3, 2010

LEMAK KETAM CILI API


Masak lemak ni dah lama dh buat... baru upload kt pc...
Buat ni sebab haku tiba2 ngidam lak nk mkn lemak ketam..
buat pedas2 kaw kaw punya... huhhh berasap tinga MR MJ mkn... hehe tp dia suka... sbb pedas sgt... slalu dia complen ja bila tak rasa pedas...ha ni hamikkk kau pedas gila...ehehehhe...

Thursday, August 19, 2010

buka posa yg sgt bestt..

Salam

Harini baru rajin nak bercerita kembali...
Ni nk story ttg Ramadhan yg keempat hritu. Hri ni adalah hari yg sgt best bg aku... sgtt syok...
Tau sbb apa.. hrini family aku suma berbuka di rumah aku.. Kami berbuka ramai2.. Sesekali kumpul semua.. terasa sgtttt dia pnya syokkk tu.
tp sblum tu nak story hari sblum sabtu..Emak dan ayah hari rabu lg dah smpai K.L dan depa stay kt umah kak yong dulu.. Khamis mlm mak ayah stay kt umah dikyah pulak.. Then jumaat ayah dyalisis kt slyng hosp. Sabtu kami ke rumah ustaz |LUqman dkt sg pusu tu. Alhamdulillah semua dah dpt jmpa dgn beliau.. dan kami insyaallah akan pergi lg utk second appointment.
Harini aku decide nak ajak semua berbuka bersama kt umah aku.. Nampaknya semua orng setuju... heheheh sgtt seronok

Haritu mak masak sgttttt besstttt.. Semua orng msti suka kan bila dpt makan masakan dr air tngan
mak kita sendiri....

Menu haritu adalah nasi minyak, dalca daging+ sayur2an, ayam masak merah , kerabu tomato/air asam dan mee kari.... Emmm marvellous la... Tp aku ralat sgt rasa.. sbb aku tak ingt langsung nk amik gambar mkanan suma tu..tkpe laa raya ni akan ku terjah dapur mak aku... ehhehhh.. Tp mak msk mmg tersagttt la sedap....Terima kasih mak,,, terima kasih kerna tak penah rasa letih dr kami kecil smpai la dewasa mcm ni,, mak tak jemu2 masak tuk anak mak... Kami sayang mak forever,, dan taklupa jgk tuk ayah... kak ngah sayg both of U... and i PROUD to be your daughter...................


Friday, August 13, 2010

update recipe

Heheh bulan 2 posa ni syok dok cari resipi la kan.. yer laa jenuh dok mikir nak masak apa kan tuk berbuka nnti.. Owhhh ni.. entry ni just nak bgtau yg resipi mee bandung dan yee mee dah dimasukkan yer..
So.... attention to ayu dan kak yani.. sila le cuba yerrr..... hehehh
Okess selamat berpuasa

Wednesday, August 11, 2010



Ini kek batik biskut marie..yg sgt mudah itu.. Ni pun buat tuk bwk p picnic hritu. Sori gmbar ygdh dipotong lupa nak snap..

Kek simple

Kek ni aku tak tau nk bg nama pe,.. sbb kek ni rasa mcm kek biasa ja...
kek ni buat sbb nak bwk pegi picnic kt sg kalong ulu yam sunday hritu. Picnic ngn geng2 engineering.. Best jgk... siap ada BBQ, sate abg ramli's family yg sgt sedap, ada pulut kuning, nasi impit, bihun grg, keropok smpai 3 kilo depa grg....uiihh mewah laa makn haritu..

Mee Bandung Ku Sayang


Ini mee bandung saya. Buat mlm lepas balik keje tu. Entah knapa haritu tekak ni teringin bebenor nak mkn mee bandung. Jadi ini la hasilnya. Mee bandung ku yg tak seberapa.
INi resepinya:-

Bawang merah dan bawang putih
Mee kuning ( dicelur) nak masuk dlm kuah n masak skali pn bule tp sy tak suka gitu
Isi ayam/sotong/daging/udang
Air rebusan ayam /daging
Cili kisar/ cili boh
sos cili
sos tomato
sos tiram
tepung jagung ( dibancur dgn air sedikit)
telur
sayur2an ikut kesukaan anda
garam secukup rasa

Bahan hiasan

daun bawang /sup
bawang goreng
cili potong
tauhu goreng ( dipotong dadu)
taugeh (kalau suka) saya suka sbb tu letak
limau nipis /kasturi

Cara2nya:-

1. Tumis bwng merah dan putih hingga naik bau. Kemudian masukkan cili kisar/boh dan masak hingga cili masak. Then masukkan air rebusan tadi.
2. Masukkan isi ayam atau apa2 yg anda suka, biar mendidih dan diikuti dgn sayur2an. Kemudian masukkan tepung jagung dan telur.
3. Perasakan ikut rasa anda.
4. Masuk mee dlm mangkuk diikuti dgn kuah panas2 dan hiaslah ikut kesukaan anda. Sedia dihidangkan.

Selamat mencuba....

Yee Mee Ladna


Ini la yee mee ladna saya.. heheh
buat tuk MR MJ yg kelaparan time nih.. simple2 aja.
Ini resipinya... simple dan mudah je.

Bawang merah bwang putih
Yee mee segumpal
Isi aym/daging/sotong / udang
Air rebusan daging/ ayam ( kalu takde ni guna air kosong pn bule)
Sayur2 an ikut suka anda
Tepung jagung
Kicap cair
Kicap manis
Sos tiram
Garam secukup rasa
Gula sket (sbgai penambah rasa)
Telur
Cili padi diketuk( kalu yg suka pedas) saya suka ptg2 tabur atas je.. lebih sedap

Cara2nya:-

1. Tumis bwg merah dan putih hingga kekuningan, kemudian masukkan air rebusan diikuti dgn isi ayam /daging td.
2. Kemudian masukkan yee mee sbb dia ni jenis keras kalumasuk lmbt kang takut tak masak. dan masuk la sayur2 yg lmbt masak spt carrot. then masukkan kicap dan sos beserta tepung jagung. Pecah telur. Perasakan dgn garam.. masukkan cili padi.
3. Sedia dihidangkan..


P/s kalu ada serbuk pepper pun bule ditambah skali sodap jgk

Selamat mencuba..

1st Ramadhan

Salam

AHLAN WA SAHLAN YA RAMADHAN

Alhamdulillah ,, syukur aku kpdNYa yg memberi kesempatan kepdku tuk bertemu lg dgn Ramadhan kali ini.. Aminn..Kepada sahabt2 ku ampun dan maaf dipinta sempena kedatangan bulan yg mulia ini.
Sama2 lah kita beramal di bulan yg penuh berkah ini.

Thursday, August 5, 2010

kek coklat




Salam....

wah lama jgk aku tak menulis karangan kt blog aku yg tak brapa nk best ni. haku malas. ditambah dgn kerja2 di ofis yg melambak.
em entry ni nak citer kek coklat la.. Dah lama aku nk wat kek ni. Kek ni diambil recipe dr Blog Cik Mat Gebu yg famouse itu, masakan dia sgtlah menarik hati aku, tu yg wat aku suka laaa dok melawat dapur cik mat. TQ cik Mat Gebu.

Kek ni kira first trial laa aku buat.. .Hasilnya aku tak brapa puas hati. Emm cuma rasa terkurang manis sket, pastu tak brapa moist lg mybe sbb terkurang gula kot,, . Tapi tkpe,. akan ku usahakan lg,, smpai laa MR MJ puji sedap baru aku puas hati. Sbb bila dia mkn dia complen keras ngn pahit sket..huhu u... OK lah.. meh nk tunjuk gambar..
Tp aku tak pndai deco cake... ikut suka hati aku ja.. walaupun dulu blajo kat uitm ada jgk klas pastry yg kena deco cake. Tp dlm smnggu ja baljor mana laa nk leh jd champion kan.. lgpun tngn ku ni mmg bukn tgn seni, kerassss... tak pndai langsung hias menghias ni. Masak aja bule,, hias menghias fail sket...hahahha.... ok jom tgk kek aku yg tk seberapa,...

Monday, August 2, 2010

From cameron highland
























Ni antara a few pic kami kt cameron haritu... tak bnyk sgt pn bergambaq..

Monday, July 26, 2010

cameron highland

Weekend smlm saya Mia n Dik yah kat cameron. Entry seterusnya akan dityg gambo.. wokeh

Saturday, July 17, 2010

Happy belated birthday "abg"

Ini dah kira lmbt sgt aku wish besday ni, actually birthday "abg " adalah on 13 july yg lepas.. baru je lepas.
happy besday khalilulhadi. semoga dirahmati allah selalu, dipanjangkan umur, dikurniakan kesihatan yg baik2
.













Dia dan wife dia.... ayahku yg kt belakang tu..heheh



Meesti korang pelik napa happy bsday abg in bracket ? Abg adalah panggilan utk adik aku yg no 3 ni. Dia la satu2 nya lelaki dlm kami 4 bradik. Masa kami kecik2 lg bila mak dpt adik yah,, dia pun terus la mak suh panggil abang.. smpai la skarang dia kami panggil abg. Tp kami jarang2 berjumpa..dan payah kot nak jmpa sgt. Sbb dia kerja nunn di tgh laut sana. Kejanya belayar.. sailorman la..mcm popeye tuu..hehe..

Ok... hope dia akan terus berjaya dlm kerjayanya di lautan samudera sana...
bosannnnnnnnnnnnnnnnnnnnn

Friday, July 16, 2010

suka!!

suka nihhhhh..... suka suka suka...hihihihi
sya dh dpt pc baru. flat screen yg dh lama tunggu.
dulu orng len dpt flat screen , aku nenogk je. aku en ami je tak dpt masa tu. alasan sbb pc kamai masih ada warranty kot. entah la.
em tp sikalang saya dn en ami dh dpt pc baru yg lebih lawa dr mereka2 ,.hahhahhhahh aku sukaa...

tq to my madam boss yg p "buat ramai' kt itd supaya memberi pc baru kpd staff dia ini... hehehe. Lepas ni kerja msti lebih effisien , aku msti proaktif dr dulu... kita mesti lakukan perubahan ke arah lebih positif, lebih cemerlang gemilang terbilang..hahah
Insyaallah.

Tuesday, July 13, 2010

merata2..

Skarang dtg opis ja aku dok merata2.. sekjap tang sana kejp tang sini,, kejp tang sinun..
Sbb tmpt aku tak siap lagi. Tak best la nak kerja tmpat tkdak. Dgn mikir mals nk susun balik brg2..huhu
Ni online kt pc yg extra. sapa2 pn leh guna. Sib baik ada pc ni. .Em ok lah.. nnti crita lg

Thursday, July 8, 2010

Crita kena pindah tmpt. :(

Adohhhh... letih sunguh harini, naik je opis slpas aku cuti dr percutian kt hentian hritu tgk opis dhbertukarr wajah. Dinding dah jd color len, pastu partisyen suma dh berubah, dan aku mmg kena pindah kedudukan. dr dlm bilik keluar ke petisyen yg tak tau lagu mana, dgr2 bos ckp dia suh buat kat aku petisyen tinggi. Whateva la.. saya tak kisah, kita ni orng2 bawahan sahajeeeee, apa yg bos suh kita ikut je la. Kang bangkang kang kata melawan, tak pasai dpt surat kot.

Yang buat aku letih ni sbb nak kena pack suma barng2 dlm bilik ni. Pastu ngangkut laa keluar . Tp masalhnya skang ni. aku dh pack , tp brng takleh nak kuar sbb tmpt nye lom siap. Patu Encik yg patuut masuk ke bilik aku ni dh ckp nak masuk, tp dia tak le memksa suh aku kuar sbb dia seorng yg memahami. Kira encik ni dia seorng bos yg agak prihatin jgk la.

Sekarng ni nak wat keje pn mcm takde mood sbb bilik dah huru hara, brng suma dh pack masuk bakul masuk kotak. Pastu satu hal nnti nak kena kemas balik kt tmpt baru nnti. Huhhhhhh... Dr takde keje dah membanykkan keje2 kami ni. Ishhhhhh...
Tgk la esok., kalu siap tmpt aku tu, bule la aku pindah. Kalu tak jwbnya aku tkleh nk berganjak lagi la dr sini.

okesss ... itu aje crita pindah

Wednesday, June 30, 2010

Excited lak aku...hahahah

Tak sabaq rasanya nak p naik bas uia beramai2 jumaat ni ke terengganu...Dah lama dh aku tak join mereka2 ni p bercuti.. ala family day.
hahahahhaah... Thanks my dear mr MJ bwk saya ngn Mia kali ini.. haha, tahun lepas p tioman dia tak bwk alasan mahal..huhh.. saya merajukkk... Ha tahun ini berani dia tak bwk lg, mau aku lari balik kg,, dok diam2 kat sana takmo balik dah sini..hahahhhahhhha. (ceh bule ka tu?? ckp bule la hahahahha)..
Baru dia p penang 5 hari aku dh rindu. Tp kan kalu aku balik kg tanpa dia tp ni dgn keizinan dia la bule plak aku tak brapa rindu kt dia... hahahhahah pelik betui laa no..Tp kalu dia takda p outstation ka msti aku yg rindu lelebihhh. citttt.
Eh apadaaaa dah melalut crita len plak dah.. rindu rinduan plak... sori nooo..Ni sbb tgh dok dgaq lagu jiwang 2 karat kumpulan spoon ni.. Memori sekuntum rindu. hahahahah

Nak p jalan sgttt excited,, tp aku malasnya nak pack barang masuk bag. Aduhhh mokcik malass!!!
Brg Mia, aku tak reti nk bwk baju budak kecik ni sket2, aku suka bwk lebih supaya in case apa2 leh tukaq2, tak la kalut. Baju aku pon sropa la. Tu yg slalu Mr MJ dok marah aku , dia nnti kata " barang mcm nk dok setahun.." hahah . Ala biaq la, ayang yg nyusun brng dlm bag,,hahah tp yg tukang ngangkat bag dia la kan... kahakahaahkahka .Mana lg teruk????. Kejam jgk aku no. Sian dia. Barang dia takpa sket ja.. orng laki la katakan, depa simple ja tambah2 Mr MJ, kalu bule ringkas seringkas ringkasnyaaa... hemmm.

ok lah.. nnti crita di hari kejadian lak no.. byeee

Tuesday, June 29, 2010

takde crita....crita anak je laa...heheh

Mia hari2 keje dia kt umah kalu tak main basikal dlm umah,
dia dok atas tilam kutip suma bearbear susun2 bntl pastu smbgn2 ngn bear,
sian lak aku nengok anak aku tu., takde kwn,, main la sorng2,,
kdng2 aku la jd mangsa dia..ajak ibu main sama,, aku pn layan jgk la dia main.,, sian nengok sbb dok ckp ngn bearbear ja,, Tp nak tegelak dgr dia sembang ngn bear2 dia ni.. mlm td..
tetiba je ckp kt spongebob,, " me gi five" dgn angkt laa kelima2 jari dia tu.... owh rupanya nak "give me 5".. Mia ni dia suka laa ckp teerbalik balik..hahha.. ibu salalu betulkan..
tp skagn mcm dh kurang ckp tebalik
dulu slalu benor ckp tebalik2 ayat..
Lagi satu suka menari n menynyi,, dulu lagu bad romance, ngn lagu saleem tu apa tah tajuk tk ingt,..pastu skang menari plak sambil nyanyi lagu yg teacher ajar guna bahasa mia la , BUnyi dia sket2 mcm ni la " daba debe... acu nailooo...zeeedabazoo...pastu ada laa lg ntah apa ntah..hahhhah smpai aku pn terikut2 dia nyanyi..
smbil dok goyang2 bdn. tngn kaki suma..
Emm ini laa anak... penyeri rumahtangga...
kalau takde anak.. sunyii sepi rasa hidup ni..
Aminn.. Harap2 dpt laa diberikan zuriat lg.. Insyaallah amin....

Monday, June 28, 2010

salam monday

saya kembali bekerja.....wink* wink*
seronok sgt bercuti 5 hari... dapat balik kulim
jumpa mak n ayah yg tersayang..hohoho
balik kg.. tp tak jln ke mana pun.just stay kt umah lepak ngn mak n ayah
mr hubby letih tak habis lg..ditambah dgn masih ada saki baki demam masa game kt penang hritu
sian jgk saya nengok dia....

Tuesday, June 22, 2010

( " )

nak balik kulim nak balik kulim
nak balik kulim nak balik kg
huhuhuhuh

1 awek 2 pakwe

Hahahahaha... nak tergelak aku pepagi td .. Apa kena mengena gelak ngn tajuk 1 awk 2 pakwe ni?
Gini., pagi tadi aku hntr la Mia ke skolah. oleh sbb dh lewat kena laa masuk pintu belakang. Dulu slalu aku pimpin tngan Mia ke kelas, tp skang ni dia dah terus berlari masuk kelas sndiri tinggai aku terhegeh2 kt blkang membawak beg skolah dia. Sblum masuk kelas besa laa kena letak kasut kt rak kasut masing2, time ni Mia dah sound aku, ib ujgn la ikut Mia pegi skolah,, owhhh sungguh ku terkejut,, ropanya anakku skang dah suka benor ke sekolah,. syukur alhamdulillah,,, makin meningkat umur dia dah makin cerdik...
Then bila dia dh masuk kelas tu aku dgr laa sora bising2 jerit2 panggil Miaaaa Miaaa miaaaa... besa la kengkwan dia.. depa ni excited bila jumpa sesama depa. Dan yg nak buat aku gelak ni,,, aku dgr laa sora kecik budak lelaki 2 orng tgh gaduh2.. Sorang ckp " Mia Asyraf,,, then sorng lg ckp Mia Luqman,,, aiii..... Pastu teacher depa pun ckp.. haiiii jgn gaduh itu Mia ibu dia lee.. nmpk tu ibu dia....LOrrrr baru aku tahu.. rupnya depa tgh gaduh 2 berebut Mia... hakhaahkahkah.. comelll jee bebudak ni... Anak dara aku tu direbut 2 pakwe ni.... hihihihihi....
Agaknya depa ni kwn baik dia la kot... lg pun mmg kt umah dia suka benor sebut nama depa2 ni.
Hari2 sebut jijah tohirah,, hakimminul, asyraf, jannah dan bnyk lg jgk laa nama... yg best budak2 ni ingt tu nama penuh kengkawan depa.... HIkhkhik ... mcm2 kan kerenah budak2... geli hati tgk.. Kadang2 terpikir jgk satu hari nk p intip apa laa anak aku tu buat sehari hari kt skolah nun..
Emm... gitu laa crita dia...

Happy Birthday Princess

Happy belated besday My Princess, Mia Hada Batrisyia bt Meor Jalallulail

Ya rabbi,,,, mcmana aku leh lupa yer nak post entry bday puteri kesayangn ku ini di belog aku ni??? adohhh.. tu laaaa kemalasan teruk sgt... Sebelum bday dia hritu dah beria2 lam kepala hotak aku ni nk post entry pasal bday dia..huhuhuu kan dah telepas...
17/06/2010 tarikh ni genap ler anak daraku yg banyak cotcet2 itu 3 tahun.. Lorrr tak sangka yer.. pejam celik2 dah 3 tahun anak aku...mcm tak sedar plak... Sekejap je masa berlalu. Hemmm, dan itu dah menandakan aku pun dah makin bertambah2 umuq la.. ceh takmo ckp dah makin tua... hohoo perasan muda lg. Masa hari bday dia tu, pas kuar office, pegi amik Mia then trus la pegi beli kek sebijik tuk Mia busyuk ni,. Cam sedih pn ada jgk sbb daddy takde. Hanya celebrate kami 3 org sahaja,, aku , Mia n acu dikyah. Takpa lah mcmana pun, janji Mia tetap suka dgn kek tu,
Hampa nak dgq mcmana Mia nyanyi lagu bday? Aku ni dok pasang lilin n nynyi la dan si Mia pun ikut sama nyanyi,,,, dan begini lah lirik2 Mia nynyi lagu happy bday, " hapy bday to u....hapy bday to u,, hapy bday to kawan kawan.. happy bday to jijah tohirah pastu tah apa bnda ke nama lg dia sebut... adoiiiiiii.. HAhahahahahah,..Lawok betui budak betuah ni,,,, ini kes dah terbiasa nynyi lagu bday kt nursery laa ni... takpe budak2 kan.... Tp yg geram nya,,orng tgh dok prepare atas meja apa yg patut takdan apa2 lagi tngn dia tu tak renti2 dok cuit kek tu .. tak sabo2 dia nk rasa.... Jenuh aku dok larang.... Em budak2 kan.. tak kisah la...
So... to my dear daughter Mia... Happy birthday to u... Semoga mia menjadi anak yg solehah, cerdik pintar, menghormati orng tua. sentiasa diberi kesihatan yg baik2 dan dirahmati Allah. Ibu sayang Mia forever... daddy too...hehe

Monday, June 21, 2010

miss him..

Saya rindu sgt kt dia.. My Mr.MJ/.. dah seminggu tak jumpa ni..
Dia skang kt penang... Emm mcm ni la tiap2 tahun.. bulan June je msti kena tinggal.. bertambah sedih sbb di hari birthday Mia... daddy takde. Mr MJ ni dia aktif sukan.. sukan apa nak tau?? TUQ OF WAR atau orng kita ni dok panggil taarik tali.. Sound mcm eleh tarik tali jaa pun... Tp kalu hampa suma tgk training team depa ni.. Ya rabbi.. pnya laa seksa... ngalahkan askar2 yg nk p berperang. Emm watever pun... takpa la.. sbb Mr MJ dah minat kan.. lgpun dpt wakil U kn.. so tak kisah lah...
Tapi saya rindu sgt .huhuuuuh.... Mia Hada Batrisyia lg laa merajuk terus.. tiap2 hari daddy call.. tp Mia tak mau ckp ngn daddy. Sejak dr daddy pegi haritu smpai laa harini daddy lom balik., Mia tak ckp2 lg ngn daddy... Daddy nk nyanyi2 lagu epi bseday kt Mia pn tak bule2... sbb Mia taknak ckp ngn daddy,, merajuk sbb daddy tinggal Mia... tak bwk mia pegi Penang. Bila tnya MIa. napa tanak ckp ngn dady.. merajuk ke?? Mia angguk2 kepala. HUHUHU ...takpe laa my dear,..nnti daddy nk balik dh ni...
Ibu miss daddy very much... Mia too... Ibu knows Mia miss daddy very much too...
ok lah.. love both of u........ mmuahh2...

HAPPY FATHERS DAY

Salam.

Happy Fathers Day buat ayah ku yg tersayang Hj. Mohd Radzi Abdullah.. terima kasih atas segala kasih syang yg ayah curahkan kt kami semua.. Segala penat lelah ayah dulu membesarkan kami. Kangah doakan ayah sentiasa dibwh lindungan NYa.. ayah sentiasa sihat. Dipanjangkan umur..Insyaallah amin...Kngah sayang ayah forever..

Tak lupa juga Happy Fathers Day to my belived hubby Mr MJ. Thanks for everything.. Ayang mendoakan semoga abg berbahagia di dunia dan akhirat.. menjadi suami dan ayah yg soleh...penyayang.. terbaikkk.....amin... I love u forever n ever..

Wednesday, June 9, 2010

Internal Audit ISO ....

Harini 9/6/10 ada internal audit ISO di ofis ku.. Semua kelam kabut dr awal2 pagi.. tak tahu laa napa kelam kabut benor... huhuhuh... Tp aku rasa sungguh sronot tahun ini, kerana aku tidak lagi perlu tuk disoal jawab oleh auditor, sbb aku tidak lagi menjadi one of the process owner tuk ISO ni.. yahooo... tp sedikit sebnyk kena laa jgk menyumbang dan menyediakan apa yg patut sbb kita ni bekerja di bwh satu bumbung.. takan nak wat tak tahu je kan.. Apa pun... all the best tuk suma process yg di ISO kan... and also to the process owner.
Nak tahu nape saya sudah tidak lg mnjadi process owner,, sbb saya sudah bertukar job spec. Dulu bertanggungjawab tuk handle recuritment process ,, dan recrutiment ini adalah di ISO kan. Sekarang haku diperanggungjwbkan pulak utk handle berkenaan dgn course outline or syllabus tuk cocurricular ni. Seronok jgk dgn kerja baru ni.. Kira ok laa jgk.. Sbb lain benor dgn apa yg aku buat dulu dgn yg skarang ni. Dikira mcm bnda baru jgk la tuk aku... Sgt seronottt...
Oleh yg demikian... marilah sama2 bekerja dgn hati yg gumbira maka hasilnya pn akan menggembirakan orng lain..

Monday, May 10, 2010

HAPPY MOTHERS DAY

Selamat Hari Ibu tuk ibu tersayang Khalijah binti Yob, juga tidak dilupakan ibu mertua yg dikasihi. Jasamu sentiasa dikenang. Pengorbanan ibu tiada tandingan. Emak, kak ngah sayang emak selama lamanya, sungguh besar pengorbanan mak tuk membesarkan kak ngah. You are the greatest mom in the world mak... I love u soooo mucchhh!!! mmmuuahh..

Thursday, April 22, 2010

5th Anniversary. Mr MJ and Sue

Salam.....

21st April 2010... Pejam celik pejam celik..... diam tak diam..nahhh. dh 5 tahun usia perkahwinan ku dan Mr MJ.
Emm...alhamdulillah syukur. Aku bersyukur dikurniakan suami seperti dia. Walaupun nampak Mr Mj mcm tak romantik., tp ada laa jgk sket2 romantiknya..hehe. Tp yg paling ketara adalah sikap tanggungjawab dia terhadap aku dan d only one daughter kami MIA busyuk. Trima kasih abg kerna bersusah payah menjaga ayang diketika ayang sakit terlantar di hospital, abg terpaksa tidur atas krusi selama beberapa minggu sbb nak jaga ayang. Abg terpaksa korban cuti, korban dr jmpa kwn2 kt opis sbb kena jaga ayang. Abg terpaksa korban dr menghadiri kenduri kwn2 sbb kena dok kat spital. Abg terpaksa menguruskan kerja2 rumah diwaktu ayag sakit. HUHUHU.. sgt terharu bila mengenngkan saat ini. Sekarang abg ak perlu buat semua tu lg. Cuma kerja2 rumah yg berat2 je abg terpaksa buat.. sbb ayng dah tak bule mengngkt benda berat2 , sngn crita mmbuat kerja berat. Trima kasih abg..
Syukur alhamdulillah...sekarang saya dah hampir sihat sepenuhnya., sudah boleh berdikari, sudah boleh membuat kerja2 rumah seperti biasa, sudah boleh naik tangga laju2, sudah boleh tersenyum gembira.. alhamdulillah.. aku syukur padamu ya Allah. Trima kasih di atas kurniaanmu ini. Doakan saya sembuh sepenuhnya.
Bersyukur juga aku dikurniakan seorang anak yg cumell , yg cerdik, yg pandai berdikari walaupun dia masih kecil. Dia memahami sgt yg ibu dia sakit. Alhamdulillah. Mia skarnag semakin cerdik. Akan aku didik dan asuh dia hingga menjadi seorng yg berjaya. AMINN>..
Sayang abg sayang Mia.....
Sekian.. luahan hatiku... heheheh

Wednesday, April 14, 2010

SEDIH...

Salam...

Lamanya saya tak update blog ni.. besa laa kemalsan melanda..
Ni saja nak berkongsi perasaaan saya.. Saya sedih.. Dugaan demi dugaan, ujian demi ujian yg saya terima ( bkn saya seorng tp family kami). Saya terima dugaan ini dgn redha... Saya anggap ini adalah ujian dr ALLAH utk kami, bermakna kami harus redha, sabar dan tabah menghadapinya.

Selepas aku hilang penat selama ini berulang alik ke hospital tuk menerima rawatan, nahhh satu lg tamparan hebat buat aku dn family aku terpaksa terima. Adik aku yg rapat dgn ku disahkan jgk menghadapi masalah buah pinggang seperti aku dan ayahku. Bergetar jantung aku bila terpandng keputusan darah yg dia ambil dr klinik uia..Creatinine and urea sudah melebihi tahap normal. Ini bermakna something wrong with her kidney. Skarang aku dan keluarga hanya mampu berdoa semoga masih ada jalan utk merawat kidney adikku. CUkup lah aku seorng saja didalm adik beradikku merasa dan menanggung sakit seperti ayah. Tak sanggup aku membayangkan jika adikkku harus menjalani hidup seperti aku. Apatah lagi dia masih muda, masih belum merasa kehidupan menjadi seorng ibu.. dan mungkin masih belum puas berseronok bersama kekawan. Tak sanggup jgk aku melihat emak menangisi dan bersedih memikirkan anak2nya yg kurang sihat ini.. Aku yakin yg kami pasti sembuh. kami akan sembuh sepenuhnya. Sesungguhnya aku juga redha dan sabar dalam menghadapi dugaan yg sungguh besar ini.

Ya ALLAH.. kau pulihkan lah buah pinggang kami. Lindungi lah kaum keluarga kami dr penyakit yg memudaratkan. KAU kuatkan semngat kami. KAU smbuhan lah penyakit ini..KAU panjangkan lah umur kami.. AMIN..

Friday, March 26, 2010

SUNYI!!!

Sunyinya ... sunyi rumah ku... Harini hari kedua MIA kt kg.
Alkisahnya,, hari rabu kemarin ayah ku call,, ayah ckp " ayah dh kat sg perak ni" HA?? laaaa rupanya ayah mak n hadi on the way dtg K.L. Nak
dtg tgk Mia dan ambil kak yong balik. Dalam kul 11 pm depa sampai. Mia dh tido pun..
Sukanya aku mak ayah dtg umah. Tp yg tak best sbb aku kena keja.. Kalu tk keje lg bestt.. lepak kt umah ngn mak ayah ,, mia. Smlm kamis depa dh bertolak balik kulim. Bawak mia skali. Suka la dia dpt ikut totok n wawan nyaa...
Tinggal aku berdua ngn mr hubby. Tp best jgk.. rasa mcm baru2 kwin dulu,.. hahahahhaha...berdua2an. Tp mmg terasa betul sunyi tanpa anak.. dia laa penghibur dikala kita sunyi..



Thursday, March 25, 2010

SALAM

Salam...

Emm dah lama tak update blog.. ini masalaha malas la ni. Lagi satu yg jadi lama.. sbb saya 3 mnggu dok wad.. mc selama 3 minggu.. jdnya takde laa nak berinternet kalu dah dok kat spital tu..kalu online broadband pun kalu en. meor tinggalkan laptop kat saya..

Emm sebenarnya ad mcm2 crita nk crita.. tp malsnya nk menaip... tnggu nnti lah bila modd rajin i sampai.. msti pangjang lebar saya mengarang...
Harini mak dan ayah saya ada kt umah.. dtg ngn HAdi skali.. Mlm td mereka smpai..MIA yg kena chicken pox pun sronok la tinggal kt umah ngn totok, wawan n alang dia. Kalu takpagi2 ni aku dah heret MIA masuk opis ni. takan nk tinggal dia sorng2 kt umah.. MAsalah bila kena chicken pox ni , itu la, takleh pegi nursery. alamtnya 1 -2 mnggu jgk laa dia tak skolah,.
OK.. smapi setakat sini.. NAk sambung keje balik.. NNti ssaya rajin saya update crita saya lg.. OK cauu..

Thursday, February 25, 2010

Bila encik Meor masuk dapur..

Emmm... sgt seronott... Mlm td encik meor ku tu rajin telebih... Dah lepas mndi solat suma.. dia pn terus la ke dapur... nk masak katanya... Aku pn bntu laa sket2.
Alkisahnya yg dia leh masak ni.. Ptg smlm kan ada pasar mlm blakang uia ni.. so aku dh tnya dia nk mkn pe. Dia ckp tkmo.. Jdnya aku ni yg kempunan nk mkn apam balik pegi laa pasar mlm bersama dikyah n Mia.. bli mcm2.. BIla time balik ke umah ..suma mknn tu tetinggal kat umah dikyah.. adusss...nasib baik la smpat mkn bihun sup dah. Nak patah balik ke umah dikyah mmg tak dah lerr. Asik lupa ja den ni.
Jadi meor dgn gigihnya didapur dok potong itu potong ini.. Katanya nk masak sizzling yee mee. Dia masak nasi jgk bersama dgn ayam sambal. Pastu siap ngn cili tempoyak lg.. Dia pnya favorite la ni..
Aku pn bantu la jgk sket2 smbil dok layan Mia yg nak tido tu. Em finally siap la En. Meor nya sizzling yee mee.. Aku pn tumpang sekaki la..wowwwww... Sodap sungguh... kalah aku.. citttt... Tiba2 aku rasa ada pesaing lak....ihihihi. Mcm2 ada dlmyee mee dia.. ayam ,, sotong,, segala sayur.. Kuah pekat mcm yg dijual kt foodcourt giant ,,tesco suma tu ...Camni senang laa aku..kalu malas leh suh En. Meor masak lg. HHhehheeh... Makin hari makin improve masakan En. Meor..
Alamakk tp sayang..aku lupa nk snap gambar yee mee tu... Nnti di lain hari akan aku snap gambar mknanan yg dimasak En. Meor..

Tuesday, February 23, 2010

Good News

Ha ini laa yg aku dok tnggu2... setelah 2 bulan aku dok call sana call sini.. smpai naik tension... bengang..geram marah...suma2 yg seangkatan gnnya...Air dah dpt Purcahse order( PO)baru tuk air CAPD aku tu.. so esok aku akan order la kt company tu..MUdah2 an by this week dh ada air tu kt umah.. Skarang ni menunggu plak tarikh training kt spital.. lepas training leh la aku wat cuci CAPD ni kt umah je... tak payah lg pegi spital 3 hr 2 mlm tu... penat tau....tak bestt langsunggg....
OK... tak sabar nk tunggu esok.. nk order barang tu.. Thanks yo so much my dearest hubby... dia la yg pegi klinik UIA settle kan bnda ni..
  • Dah telajak cite ni...smbung skali nk ucap kat my hubby berjuta2 thank you yg tak terhingga sbb tak jemu2 menjaga aku kt spital...setiap kali aku warded dia pasti tido kt spital jgk dgn aku... (tp dia tido kt krusi sblah katil le ..heheh bkn satu katil ngn aku) Sanggup buangkan segala kncing or yak2 aku.. sbb terikat ngn mesin takleh la nk ke toilet..Ini la yg paling seksa...Nak tanak kena laa jgk.. Dia sanggup tido kt krusi smpai lenguh2 smpai kebas2.. Tiap2 pagi dia buatkan air milo panas tuk aku. Mlm dia blikan mkanan walaupun aku tak brapa nk selera mkn bila tgh buat dialisis ni disebbkn air penuh dlm perut.
  • Kadang2 bila terpikir balik.. rasa kesian n sedih sgt.. sbb aku bnyk nyusah kan dia dan keluarga aku sejak aku sakit ni.. tp bukan itu yg aku minta...aku terpaksa dek kerana sakit yg ditanggung.. Trima kasih semua.. Saya sayang anda semua.. especially my hubby n my family... tak lupa jgk kawan2 yg bg semangat...Thanks jgk to my adiks ( dikyah n zaidi) yg tak jemu2 melayan kerenah MIA... dan sudi menjadi acu papa n acu mama tuk MIA.. setiap kali aku warded... dorang la yg jaga MIA...3 hr 2 mlm la MIA dok ngn dorang..Aku sgt bersyukur sbb ramai orng yg sudi menolong kami..
  • Lepas ni ... bule la spent time bnyk kt umah... weekend aku tak payah lg la ke spital.... Bule la bg perhatian lebih kt puteri ku sorang tu... Sian dia sebelum ni weekend terpaksa tinggal ngn acu dia...
  • Syukur Alhamdulillah..........semoga aku sentiasa sihat dan disembuhkan dr penyakit ini....AMINN.....

Sunday, February 21, 2010

Weekend aku

Salam ...

Macam biasa..aku skarang kt hospital..warded dr jumaat...smpai laa harini... Rutin weekend aku mcm ni lah.. 3 hari 2 mlm di hospital......Untuk apa?? utk dialysis...Aku ni salah sorng pesakit buah pinggang kronik yg terpaksa menjalani dialisis,..
Dialysis ni ada 2 jenis. Haemodyalisis iaitu cuci darah dn CAPD or APD iaitu cuci air... Aku ni skarang tgh cuci air la ni....Emmm...huhhuhu.. buat masa skarang aku terpaksa cuci kt spital... 3 hr 2 mlm ni la... actually skarang aku dlm proses memohon air .. Air tu sebulan Rm 2600..nk bli pakai duit sndiri mmg tk mmpu, so terpaksa la apply melalui UIA.. minta uia biaya...kalu dh dpt air.. bule la buat kt umah je. tak yah dtg hospital lg....itu laa yg aku harapkan skarng ni....
Duk kt spital ni ,, bule tgk mcam2 ragam orng...dan yg paling aku takmo tgk ialah bila ada patient yg sakitteruk pastu tiba2 je pergi....tak kembali.. itu la yg paling aku tak best....tp nak tanakkena la jgk .. sbb dh depan mata,....Apa2 pun.. hidup mesti diteruskan....
Aku doakan semoga aku dipanjangkan umur.. diberikan kesihatan yg baik2 dan disembuhkan dari penyakit ini,,, aminn.....

Wednesday, February 17, 2010

Cuti2 Balik Kg.... Bestttttt..

Cuti raya cina.... emm mesti ramai yg menghabiskan masa tukpulang ke kg masing2 kan... maklum la selepas penat dok bekerja hari2...minggu ke minggu..bulan ke bulan.. dh dpt cuti ni...aku balik kulim...dah lama dah tak balik sejak sakit haritu... ni dah dpt peluang minta izin mr hubby ku ...dia bagi.... emm suka la aku...Kisahnya, aku balik tumpang adik aku si dik yah tu. sbb nya mr hubby takmo balik.. dgn alasan nk kemas dapur sbb nnti abah (FIL) nk buat kabinet dapur... Emm takpe la.. (balik tgk mmg dia dh kemaskan brng2 kt dapur ku itu) ok laa ... mr hubby rajin jgk.
Pagi2 buta hr ahad tu aku dah siap2 mndi suma. Kejut Mia busyuk.. susah betul si kecik ni nk bangun..jenuh jgk aku kejut dia tuk mandi.. Beg dh siap mlm td tu. Dalam kul 8 dikyah n zaidi smpai tuk amik kami 2 branak ni. Bertolak la kami ke utara tanah air... berbunga2 hatiku tak sabar nk smpai kulim...Perjalanan sungguh lancar.. keta dh tak bnyk.. sbb orng ramai yg dah balik sabtu... so takde laa kami menempuh jammed ke hapa ke...alhamdulillah.... Dalam kul 11 am lebih.. smpai laa kami kt tmn PKNK kulim...emmm seronotttt 3!!! yea yea dh smpai tmpt yg dituju... Suma ada kt umah.... tak sabaq nk tgk baby boy tu sama....
Ptg dlm kul 3 pm kami suma gerak ke Baling knduri umah Pak Ngah....waqhhhsblum tu singgah knduri umah kwn ayah n mak.... sedappnyaaaaa lauk.. msakan kg.. yg famous kt Baling nun.... apa lagi kalu bukan GUlai daging umbut pisang.... sedap tak terkata... ditambah dgn
ikan masin goreng dan kerabu umbut bayas..betui ka ni yer... ntah umbut apa ntah... ni la first time aku mkn umbut ni... ntah mcmana ntah pokok dia.. orng KG tau la...
Gerak ke umah pak ngah .... dia wat knduri kt umah baru... wowww besoooo nya umah.... sungguh selesaaa.... Lauk gulai daging umbut pisang jgk... kerabu pucuk paku +taugeh dan perut... sedapnyaaa laaa haiiiii...... Tp tak leh nk stay lama2...actually tak puas lg jmpa my sepupu kesnyngn... kak ta kak liza suma tu... Im sorry coz tak dpt spent time lelama kt sana... Insyaallah nnti bila2 k.ngah balik dok lama2 kt sana.... Mia plak dr smpai hingga la nk balik.. tak berenti2 lari sana sini... suka2 hati dia jaaa nk main .kt mana.. ikut dan dia jaa..... tu laa anakku... 6.30pm kami gerak balik kulim... Aku drive bwk mak n budak kecik 2 orng ni..... Ayah naik ngn Hadi sbb nk p knduri kwn ayah lg.....Kul 7++ smpai kulim... Itu laa crita ahad.... Senin nnti crita lain yerr... tak larat dah ni........... okk cauuuuuu.....

Tuesday, February 9, 2010

My mom's kuih
































































Mak saya mmg expert buat kuih muih ni....Ni ada sket kuih donut n burger mlysia .. yg mak ku buat hritu masa dtg umah ku hritu... sgtt sodappp.... Jemput mkn suma....Aku dh blajar dh wat kuih ni.... Alhamdulillah jadi laa jgk masa try buat haritu....

San Franciso Pizza






























salmon steak


















cappucino kak ana



















Mix fruit juice


Haritu pegi makan ngn officemate kt San Francisco Pizza kt wangsa Maju tu.. ok laa not bad...
Aku mkn Salmon steak.... kak ana mkn spagethi apa ntah... tak ingt dh namanya... tp lupa nak snap gamba suma mknan yg kami order.... Tu cappucino kak ana punya... air satu lagi tu den punyo... sodap bangat... MIx juice... carrot+ oren+ epal...