background

Daisypath Anniversary Years TickerDaisypath Next Aniversary PicLilypie 2nd Birthday PicLilypie 2nd Birthday Ticker

Thursday, April 22, 2010

5th Anniversary. Mr MJ and Sue

Salam.....

21st April 2010... Pejam celik pejam celik..... diam tak diam..nahhh. dh 5 tahun usia perkahwinan ku dan Mr MJ.
Emm...alhamdulillah syukur. Aku bersyukur dikurniakan suami seperti dia. Walaupun nampak Mr Mj mcm tak romantik., tp ada laa jgk sket2 romantiknya..hehe. Tp yg paling ketara adalah sikap tanggungjawab dia terhadap aku dan d only one daughter kami MIA busyuk. Trima kasih abg kerna bersusah payah menjaga ayang diketika ayang sakit terlantar di hospital, abg terpaksa tidur atas krusi selama beberapa minggu sbb nak jaga ayang. Abg terpaksa korban cuti, korban dr jmpa kwn2 kt opis sbb kena jaga ayang. Abg terpaksa korban dr menghadiri kenduri kwn2 sbb kena dok kat spital. Abg terpaksa menguruskan kerja2 rumah diwaktu ayag sakit. HUHUHU.. sgt terharu bila mengenngkan saat ini. Sekarang abg ak perlu buat semua tu lg. Cuma kerja2 rumah yg berat2 je abg terpaksa buat.. sbb ayng dah tak bule mengngkt benda berat2 , sngn crita mmbuat kerja berat. Trima kasih abg..
Syukur alhamdulillah...sekarang saya dah hampir sihat sepenuhnya., sudah boleh berdikari, sudah boleh membuat kerja2 rumah seperti biasa, sudah boleh naik tangga laju2, sudah boleh tersenyum gembira.. alhamdulillah.. aku syukur padamu ya Allah. Trima kasih di atas kurniaanmu ini. Doakan saya sembuh sepenuhnya.
Bersyukur juga aku dikurniakan seorang anak yg cumell , yg cerdik, yg pandai berdikari walaupun dia masih kecil. Dia memahami sgt yg ibu dia sakit. Alhamdulillah. Mia skarnag semakin cerdik. Akan aku didik dan asuh dia hingga menjadi seorng yg berjaya. AMINN>..
Sayang abg sayang Mia.....
Sekian.. luahan hatiku... heheheh

Wednesday, April 14, 2010

SEDIH...

Salam...

Lamanya saya tak update blog ni.. besa laa kemalsan melanda..
Ni saja nak berkongsi perasaaan saya.. Saya sedih.. Dugaan demi dugaan, ujian demi ujian yg saya terima ( bkn saya seorng tp family kami). Saya terima dugaan ini dgn redha... Saya anggap ini adalah ujian dr ALLAH utk kami, bermakna kami harus redha, sabar dan tabah menghadapinya.

Selepas aku hilang penat selama ini berulang alik ke hospital tuk menerima rawatan, nahhh satu lg tamparan hebat buat aku dn family aku terpaksa terima. Adik aku yg rapat dgn ku disahkan jgk menghadapi masalah buah pinggang seperti aku dan ayahku. Bergetar jantung aku bila terpandng keputusan darah yg dia ambil dr klinik uia..Creatinine and urea sudah melebihi tahap normal. Ini bermakna something wrong with her kidney. Skarang aku dan keluarga hanya mampu berdoa semoga masih ada jalan utk merawat kidney adikku. CUkup lah aku seorng saja didalm adik beradikku merasa dan menanggung sakit seperti ayah. Tak sanggup aku membayangkan jika adikkku harus menjalani hidup seperti aku. Apatah lagi dia masih muda, masih belum merasa kehidupan menjadi seorng ibu.. dan mungkin masih belum puas berseronok bersama kekawan. Tak sanggup jgk aku melihat emak menangisi dan bersedih memikirkan anak2nya yg kurang sihat ini.. Aku yakin yg kami pasti sembuh. kami akan sembuh sepenuhnya. Sesungguhnya aku juga redha dan sabar dalam menghadapi dugaan yg sungguh besar ini.

Ya ALLAH.. kau pulihkan lah buah pinggang kami. Lindungi lah kaum keluarga kami dr penyakit yg memudaratkan. KAU kuatkan semngat kami. KAU smbuhan lah penyakit ini..KAU panjangkan lah umur kami.. AMIN..