background

Daisypath Anniversary Years TickerDaisypath Next Aniversary PicLilypie 2nd Birthday PicLilypie 2nd Birthday Ticker

Wednesday, December 21, 2011

Teramat rindu..

Harini betui2 terasa rindu yg teramat sgt kat arwah ayah....
Kalau dulu, terasa rindu ja kt ayah terus dail nombor HP ayah, dapatlah dgr suara ayah...
Skarang...taktau nk buat mcmana... Hanya doa shj yg dpt ankndamu ini kirimkan utk ayah di sana...Damailah ayah di sana..Huhuhuhu:(:(...Semoga ALLAH merahmati ayah....Ya Allah, tempatkan ayah bersama orng 2 yg Soleh..AL-FATIHAH...

M.C. 2 hari..,huhu

Assalamualaikum....


Hai semua..dh 4 hr aku tak jenguk blog ni..harini baru bersua kembali...
Kisahnya.. Hari Ahad dan Isnin aku dpt MC.. sambung cuti laa aku dr weekend tu...Kaki kiri aku terseliuh kot... Urat bengkak.. keliling buku lali tu bengkak dan merah.
Sabtu tu aku dh rasa sakit2 dh keliling buku lali tu tp sket2 ja.. Naik ke Ahad..tu makin kuat.. mlm hri ahad tu lg laa kuat... jln pun dh terhencot2..nak naik tangga lg laa terhegeh2...Nasib baik laa mak aku ada kt umah.. mak lee tlg masak suma..
Aku rasa kaki aku jd gitu sbb aku bnyk kali terpeleot.(.terpelecok).. Nampaknya takleh pakai kasut tinggi dah la lepas ni..nak avoid dr berulang lagi sakit ni...
Emmm takpa laa... pasni nak p cari kasut yg rendah2 je la..

Wednesday, December 14, 2011

T.A.K.S.E.D.A.P.B.A.D.A.N.

Harini rasa sgtt laa tak sedap badan.. perut pulak asyik nak buang 2 air besar ja dr awal2 pg td. Agaknya sbb mkn pecel ayam yg pedas sgt kot smlm.. Rasa nak baring2 ja...
Minta2 laa ptg karang ok.
kt opis dh laa tak ramai yg ada ..suma dok bercuti lg.. Aku rasa next week aku kena ambil cuti jgkk...Penat laaaa..

Friday, December 9, 2011

Report Day Mia

Hrini 9 Dec 2011 Friday ada report day kt skool Mia. Jd kul 12 tghri td aku kuar laa ke EDUCARE dgn si dik yah. Mujur tak ramai sgt parent yg dtg td.. Jd takle lama sgt menunggu turn. Kena jmpa teacher yg 4 yrs dulu.. Skang Mia dh ditukarkan ke 5 yrs dh.

Overall report Mia sgt lah memuaskan hati aku.. Teacher ckp mia seorng yg berdikari, senang jaga, cepat dapat apa yg teacher ajar,,,peramah. Heheheh .. sbgai ibu, sedikit sebnyk aku berbangga sgt dgn pencapaian Mia.

Ibu harap Mia akan lebih berjaya di masa akan dtg.. Keep it up girl. Ibu syggg Mia so muchh....

Thursday, December 8, 2011

terharu sekejap

Terharu dan syokk sgt harini...
Sebab ada kwn baru yg follow blog saya.. dia jgk sudi nk ajar saya ttg berblog ni....dan yg paling terharu skali.. dia letak gambar kek saya yg tak seberapa tu kt blog dia.. Terharu sungguh..
Saya suka baca blog dia.. sbb blog dia suka cerita ttg anak dia yg comel tu dan jgk bnyk info2 yg sgt berguna..Walaupun kami tak pernah jumpa, hanya bersembang melalui FB
, tp saya suka cara dia.. Peramah. Terima kasih hanis....@ mamalurveirfan
Lepas ni kita bule la kongsi2 crita , kongsi2 recipe.. crita anak2...etc.

Wednesday, December 7, 2011

Sama2 renungkan

Dari Ali bin Abi Talib r.a.: Aku dengar Rasulullah s.a.w. bersabda, "Tiga golongan dari umatku akan mengisi neraka jahanam selama 7 kali umur dunia. Mereka itu adalah:"

a. Orang yang gemuk tapi kurus
b. Orang yang berpakaian tetapi telanjang
c. Orang yang alim tapi jahil
...
* Adapun yang gemuk tapi kurus itu ialah wanita yang sihat tubuh badannya tetapi kurang ibadat.
* Orang yang berpakaian tetapi telanjang ialah wanita yang cukup pakaiannya tetapi tidak taat agama.
* Orang yang alim tapi jahil ialah ulama yang menghalalkan yang haram kerana kepentingan peribadi.

Tuesday, December 6, 2011

Renung renungkan

Apabila orang buat tidak baik pada kita maafkan dan bebaskan diri dari emosi negatif dan jgn sekali reaksi pada mereka. Kekalkan getaran tinggi, JIka kita reaksi makna kita telah align tenaga kita dgn tenaga negatif mereka. Allah sentiasa ada dan sesiapa yang buat tidak baik akan dapat balasan tak perlu kita balas, Alangkah tenang hidup ini jika menjaga apa yang kita fikir rasa dan buat setiap saat dan tidak biarkan tindakan orang lain mengawal perasaan kita. Kita harus sentiasa syukur sabar dan redha

..HUHUHu rindunya

Kami kena tinggal... seminggu pulak tu.. Aku n Mia hari2 laaa rindu merindu kat daddy@ Mr MJ.
Beliau sekarang tgh berada kat Pulau Langkawi. Sbb kena bertugas di LIMA Langkawi.
Syok lee dorng.. satu department suma pegi. Kakyani ,dak ayu kak liza,,, cuti sambil kroje laa kome yer... beshh beshhh..
Seminggu ni aku tumpang dok umah adik aku.. si dikyah. Dkt sket nak mai keja.. idak lee aku berdua2 an je ngn mia nak travel dr rawang ke gombak hari2...
Mlm td.. mia dh start rindu rinduan teruk dah... Nak tido jee dok sebut "nak daddy nak daddy" . "Mia nakikut daddy".Nasib baik tak nangis teruk2. Tgk mlm ni mcmana pulak..Weekend cuti 3 hr lg kan.. Kalu MJ izin , leh la aku balik kedah ngn mak aku.. balik leh tumpang dorng... Baru dok paln2 ni.. MJ call ni... sebak pulak aku bila ckp kt dia ank rindu dia... hehehehehh..Dia ckp brng bnyk.. mmg tak muat le aku nk tumpang.. tak jd laa kot nak balik ..

Emm tunggu je laa smpai isnin ni...Sabar yerrrr Mia... nnti daddy balik..bwk ole2 mcm2 tuk kita... ngehngehngegh....

Thursday, November 24, 2011

hari bertuah ,menang first prize lucky draw..ngeh ngeh



Salam...

Yuhuu... weekend baru ni opis aku buat dinner kat Sheraton Imperial Hotel K.L. Program start after mghrib.. AKu plak smpai lmbt.. aduussss... geram betuii.. jln jammed laa .. itu yg lmbt.. kalu ikut kan kul 8 aku dh smpai.. alih2 8.30 jgk smpai... Smapai2 director tgh berucap.. Buat slumber ja la masuk.. ngeh ngeh ngeh... Kami pegi 3 beranak je.... Dinner ni actually utk couple dinner.. Tp sbb mia takde orng jaga.. so dorng bg laa aku bwk dia.. kalu tak ... Mr MJ takmo laa ikut ,.,.sian kt si anak dara kecik dia tu.
Makanan mlm tu not bad la.. ok ok la... Ad berian i kambing.. kambing dia sodap....rojak buah, rojak pasembur, ABC, laksa (tak sedap) mee rebus, kuih muih, nasi ayam, sushi, keledek grg pon adoo. Assorted fruits... teh tarik pun ado. Aku tak le melantak bnyk sgt.. rasa serba sikit.. hehehhe...
Dan tiba masa yg suma orng dok tunggu2...masa tuk cabut nombor bertuah....hadiah grand2 jgk tau. Aku orng ke -2 yg dipanggil utk cabut nombor.... jeng2222.... masa kedepan nnk cabut no.. mia pn follow... jd dorng pn bg laa mia yg cabutkan... Sebelum tu aku dah ushar dh hadiah2 yg tersedia tu.. yg aku nmpk hdiah no 8 yaitu oven besau... mmg mengidam idamkn oven sgt3...

..
hope sgt dpt laa tu.. Skali bila no tu dibukaaa..jeng2222.. NO 1.... hahhaa suma orng menjeritttt.... menjerit sronok + tak puas hati sbb hadiah yg dorng impikan dh dpt kt aku. hadiah nyer tidak laaa sebesao mana pun.. nak tau hadiah dia apa// TV Plasma 19 inci ja... hahahahhaha aku pn taekejut.. sbb mmg aku tak tau pun hadiah pertam adalah tv.. Ya allah.. melonjak2 riang jgk laa aku bila orng suma bersorak sorak... keciwa mereka2 yg menghrpkan dpt tv plasma tu.. hihihi.. Bertuah sungguh Mia ... hasil dr tgn kecik dia yg mencabut no. tu... mmg bertuah sungguh...Emm syukur alhamdulillah.. rezeki...
Apa2 pun.. thanks S-Dev anjurkan dinner yg best... gmbor nnti yer.. tak bnyk pun...


Tuesday, November 8, 2011

Panduan untuk Ibu bapa... sgt bagus

PANDUAN MENDIDIK ANAK

1) Jangan pukul anak dari lutut keatas

2) Jangan gunakan
... tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control

3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak

Sabda Rasulullah s.a.w.

“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”

4). Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

5). Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

6). Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

7). Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

8). Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap.

9). Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

10). Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

11). Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

12). Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

13). Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

14). Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

15). Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

16). Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

17). Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

18). Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

19). Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,

20). Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

21). Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

22). Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

“Anak- Anak ibarat kain putih. Ibu bapa lah yang mencorakkannya menjadi yahudi, nasrani atau majusi”
See more

Friday, November 4, 2011

Selamat Hari Raya AidilAdha 2011

Salam....

Mesti harini ramai dh pulang ke kg kan? ke ada yg tak balik..Apa2 pun takpe lah... Just nak ucapkan
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA
...jgn mkn daging banyk2 yerr...

Pd yg balik kg.. hati2 di jalanraya.....

Thursday, November 3, 2011

Kenangan Raya Haji tahun lepas..:( huhuhu


Arwah ayah baju kotak2 tgh sedia nk sembelih lembu raya haji tahun lepas





Esok jumaat mak nak buat ketupat..sempena nak raya haji AHAD ni..sbb kami mungkin akan balik kedah mlm esok..
Sbtu nak gerak balik ke Baling plak umah Paklong.. raya haji kali ni mesti sedih sbb buat pertama kalinya kami raya tanpa ayah...sobsob..sobsob..
Aku ingt lagi raya haji tahun lepas.. ayah n mak buat kenduri kt umah kami di kulim..knduri aqiqah cucu dua orgn dan jgk sempena raya korban... Ayah dalam tak larat tak larat dia pn.. dia tetap nk sembelih lembu jgk.. Rupanya itu adalah raya haji terakhir ayah... Ya ALLAH.. sedih sgt bila terkenang balik...Patut la ayah beria2 nak jgk sembelih lembu... Ayah mmg tiap2 tahun dia yg akan sembelih lembu kt surau kt taman kami tu.. Ayah sgt seronok masa kenduri tu. walaupun penat...Hanya gambar tinggal kenangan...
Thun ni.. takde lagi ayah ...Semoga roh ayah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama2 orng2 yg soleh..Amin .... K .ngah rindu ayahhh sgtttt2.....


Wednesday, November 2, 2011

Tuesday, October 18, 2011

Perginya Insan tersayang dlm hidupku

Tanggal 10/10/2011 Isnin bersamaan 12 Zulkaedah 1432 H..pukul 7. 30 a.m telah pergi buat selama lamanya orng yg paling penting dlm hidup kami.. Ayah yg tersayang telah kembali ke Rahmatullah.Setelah sebulan ayah warded di Hosptal Selayang.. akhirnya ayah pergi jua..

Macam tak percaya bila dpt panggilan dari mak yg ayah dh takde. Meraung aku di pintu rumah. Baru smlm aku suapkan ayah mkn..Tapi harini ayh dh terbujur kaku. Semacam tak percaya.
Tp aku bersyukur, aku sempat menajaga ayah semasa dia sakit.. Sebulan di hospital,, tiap2 hari selepas balik kerja, aku akan singgah di hospital menyuap ayah mkn ,, urut2 badan,, hiburkan hati ayah dgn keletah Mia..bersembang2 smpai mlm..baru lah balik ke rumah..
Weekend pulak seharian kami di hospital teman ayah dan mak..Begitulah keadaan selama sebulan.
Pilu hati aku bila teringat kan ayah..

Ayah lah sumber inspirasi aku.. Ayah seorng yg sabar, kuat semangat, tabah dan segalanya. Aku bangga dpt ayah mcm ayah ku. Walaupun sakit,, ayah tetap bersemangat. Semngat dia yg membuatkan aku jadi lebih redha dgn keadaan aku yg sakit ni jgk.. Dgn semngt yg ayah bg untuk aku ketika aku terlantar sakit dulu ,, membuatkan aku sekarang lebih sihat, dan tabah menempuh hidup ini. Ayah yg terhebat.....
Ayah tak pernah mengeluh,, tak pernah merungut walaupun sakit. Smpai harini aku ingt. pesan ayah masa aku sakit dulu.. " Ayah ckp walau kita sakit,, kalau orng tnya,, kita tetap jawab kita sihat"' senyum""....Dr situ lah terus mengubah aku dr tidak buleh menerima keadaan aku yg sakit ni .. .. aku kena redha,,kena teruskan hidup. Dan Alhamdulillah,, hidup aku skarang ceria walaupun tak serupa orng lain. Kata2 nasihat dan semngt dr ayah lah yg mengubah hidup aku. Terima kasih ayah...Ayah lah ayah paling terbaikk di dunia... Kngh sayanggg ayah..
Kngh rinduu ayah sgt2.:(:(:( (Aku terpaksa break sekejap dr penulisan ini,, tak dpt nk menahan air mata ni. terlalu rindu arwah ayah..)

Sambung kembali......
Syukur alhamdulillah.. urusan ayah semuanya berjalan lancar.. dr hospital selayang smpai laa ke kulim... Semua ALLAh permudahkan.. Aku dpt jirus ayah mandi.. dpt renjis minyak atar semasa ayah dikapankan dapt kucup ayah berkali2..Dan yg paling kami kagumi,, wajah ayah seperti sedang tidur dan sgt tenang setenag tenagnya,, cerah, tersenyum dan raut wajah ayah bertukar menjadi seprti muda2 dahulu.. Sgt segak.. Alhamdulillah,, ALLAh lebih mengetahui...Kami semua redha dgn pemergian ayah.. Semoga ayah tenang disana, Ayah tak lagi sakit seperti dulu kan.. Semoga ayah ditempatkan bersama golongan orng2 yg Soleh...Damailah ayah di sana...

Monday, September 5, 2011

Salam Aidilfitri Minal Aidil Wal Faizin 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin untuk semua...
Harini 7 Syawal..saya dah start keja. Kt ofis masih lengang.
Crita raya aku tak semeriah raya orng lain... Raya ni ayah sakit,, adik pun sakit.. Semua tak beraya ke mana pun..

Pagi raya kami beraya di Bota Kiri Perak umah nenek Mr MJ.. Mcm besa.. mmg ramai laa kalu di perak tu.. Mia paling suka sbb ramai geng. Mr MJ demam.. Banyak tido ja. Sian dia.
Mlm lepas maghrib bertolak balik Kulim. Sampai dlm pukul 11 lebih,..tgk adik2 aku tgh berBBQ.. Mr MJ join sekejap je sbb dia masih demam.. Aku,, join sekejap2 je.. Pastu dok jaga ayah.
Ayah aku skang ni mmg orng kena ada kt dia ja..

Raya ke-2 tak kemana jgk.. Jaga ayah kt umah n layan tetamu2 dtg..Harini takde menu special pun.

Raya ke-3.. Harin ihari yg sgttt penat.. Orng dtg mcm umah aku ada kenduri.. Syukur,, ramai yg dtg.. Dtg beraya + melawat ayah skali.. Harini mak buat laksa...sgttt laa bestttt...

Raya ke- 4 kami semua ke Penang.. ke Hospital Loh Guan Lye penang.. Nak bwk ayah cek tgn n muka dia yg membengkak,, dan tgk adik yah yg sudah kena dialysis...Ya Allah, sgt berat dugaan yg Kau beri pd kami sekeluarga.. Tp aku yakin semua nya ada Hikmahnya tersendiri.. Kami redha..Semoga ayah dan adik cepat sembuh.. dan dipermudahkan segala urusan..


Monday, August 22, 2011

It's His birthday

22/8/2011... bersamaan 22 Ramadhan 1432 H..
Harini besday hubby ku tercinta, Mr. MJ.. udah masuk 30-an dah pun yer daddy
Semoga abg berbahagia selalu, dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan ygbaik2. Semoga lebih matang mengharungi kehidupan yg penuh cabaran dan dugaan ini, dan menjadi suami serta ayah yg soleh.
Ibu dan Mia sayang daddy forever..
SELAMAT HARI LAHIR ABANG..

Monday, August 15, 2011

balik kg.

Weekend kemarin saya balik kg.. ayah saya warded lg. Aduhaii ayah.. sian kt ayah, tak putus2 sakit ayah. Kalau bule trnsfer sakit tu.. biarlah kngh amik sakit ayah tu..Tak sanggup kami tgk ayah sakit . Dah lama rasanya ayah menaggung penyakit ayah ni. Td mak sms bgtau esok 16/8 ayh akan dtransfer ke Penang Hosp, utk buat rawatan lanjut ke atas jantung ayah. Semoga semuanya berjalan lancar.Ya ALLAH, Kau sembuhkanlah sakit ayah ku..permudahkan lah semua urusan.

Balik kg ni, dpt la aku berbuka dgn mak dan ayah walaupun ayah hnya baring dan duduk atas katil sewaktu kami berbuka puasa. Aku puas dpt berbuka dan mkn bersama2 family. Kami berbuka didalm bilik wad. Mujurlah ayah duduk di bilik 1st class sorang2. Buleh la kami satu family duduk lama2 tanpa gangguan dr mak guard/pak guard yg garang sokmo. Keja nak halau orng ja.

Semoga ayah cepat sembuh.. Amin,. Insyaallah..

Thursday, July 28, 2011

salam......

Salam.........

Lama nya saya tak update blog ni. Dah bersawang...
Mcm2 cerita sejak 2 menjak ni.
Yang paling kalut adalah ayah saya sakit. Mnggu lepas dia warded kt CCU Hospital Kulim.. Ayah kena heart attack. Ya Allah..tak tau laa camna nk crita perasaan aku waktu mak telefon ayah kena masuk CCU.Mlm tu jgk kami semua bertolak balik kulim. Nampak mcm keadaan ayah agak kritikal wktu tu. Mak bgtau BP ayah sgt low atas bwh......
Mcm2 insiden la yg berlaku waktu kt CCU,, bergaduh dgn nurse la, mak guard kerek la. Aku rate kan spital kulim ni 2/10.... Hospital yg sgt teruk. Nurse yg dlm CCU tu kerek nak mampus.. Tp TQ laa jgk sbb jaga ayah aku. Kalu depa tk kerek...aku pn tak kutuk..
4 Hr ayah kt CCU.. alhamdulillah, ayah makin stabil dan bule ditukarkan ke wad biasa. Syukur alhamdulillah. Alhamdulillah ALLAH bg ayah semngat. Saya tahu ayah saya sgt kuat semngatnya walau dlm keadaan apa skali pun.. Ayah cukup kuat cukup tabah melawan sakit dia.
Ayah makin stabil, hr Ahad 24 Julai ayah dah boleh discharge.
Dalam 5 hari tu, mak laa yg dok jaga ayah kt spital, sbb ayah tak bg mak balik. Jdnya aku laa yg ambil tugas mak memasak kt umah tuk anak2 adik2 kakak abang. Sambil tiap2 hari berulang alik ke hospital melwat ayah. Sgt penat sgt letih... Tp lg kesian mak,, mak lg laa letih smpai nk demam2. Tak tido sbb risaukan ayah.
Saya doakan ayah cepat sembuh, Semoga ayah dan mak dipanjangkan umur dan diberikan kesihatan yg baik2 sentiasa. Amin....

Thursday, June 16, 2011

advance wish....


Ini entry advance... hihih.. Saja nk wat entry sempena besday Mia esok.. sbb esok nk lik kg.. jd tk leh nk bukak blog .. Itu sebab saya buat hrini.. hehehhe.. Bule ke gitu? hihi Esok 17 June 2011, genap la anak kesyngn saya, buah hati ulam jantung saya Mia Hada Batrisyia bt Meor Jalallulail 4 thn...Semoga anak ibu jadi anak yg solehah,, sentiasa murah rezeki, dipanjagkan umur, jadi anak yg pintar, menghormati ibu ayah, menghormati orng tua. Semoga anak ibu sentiasa dilindungi dan diberkati di dunia dan akhirat. Ibu sayang anak ibu sgt2.

Tuesday, June 14, 2011

besshhh..

Saya baru je balik dr kg..kt kulim nun...4 hari lepas..sgtt laa besshh..
dpt dok ngn mak n ayah, makan skali..p jln2 skali ramai2..
best sgttt...
Dapat petik buah rambutan ayah yg sedang dok masak kt atas pokok tu,,,,sgtt beshhh
Pokok durian ayah ada laa berbuah dlm beerapa belas biji... cukup laa kot utk kami2 sekeluarga... itu laa pokok hasil ayah bercucuk tanam ...Cucu2 dia pn dpt merasa jgk hasil cucuk tanam ayah.
Rasa puas dpt mkn laksa air tangan mak....Emmmm sgtt laa sedappp...
Ok lahh.. nnti saya upload gambo kt kg utk next entry..
Gambo masih lom transfer ke pc lg...
Wokessss caucincauuu...


Wednesday, June 1, 2011

masak apa??

Harini nak masak apa pulak yer?
Skang ni aku dh start masak balik dah setelah beberapa lama rutin memasak selepas balik kerja terhenti dek kerana Mr MJ kurng mkn sbb kena jaga berat bdn utk tarik tali..
Aku suka.. hihihi... Tp masalah skang ni. Aku plak yg kuat mkn.. bdn pun dh terasa naik dh ni
Peha pun dah belaga peha sebelah dh ni...Tkleh jd ni.. huhuhu

Tuesday, May 10, 2011

Rindu ..

Saya rindu......... Mia pn lg laa rindu....
Korang nak tau kenapa laa kami berdua ni rindu yerk?
Mnggu ni kami tinggal bedua je.. daddy a.k.a Mr MJ tak de kt umah.. huhuhuu
Dia skang ni kt Terengganu., sempena sukan badan berkanun SUKANUN yg berlangsung kt UMT.
Hadohhh... aku ni kalu dia takdak mmg tak berapa nk smangat je. Dtg keje pn tak semangat.. buat apa pn tak semangat,. Dia pegi sabtu weekend hritu. Lepas sukan Kindergarten Mia, dia hantar kami ke rumah Dik yah, pastu dia gerak la ke sana.
Yg lg mmbutkan aku sedih , hr mnggu tu Mia pulak tak berapa nk sihat.. bdn kejap panas, kjp ok. Tido mlm ,, terjaga nangis nak daddy.. Dgn aku plak yg nak melalak.. hahahhaha. Mia ni slalu jd mcm ni kalau daddy dia takde. Tp kalau ada, nk tido je cari aku, daddy ada pn tk layan. Haisshh mcm2 laa budak sorang ni...
Apa2 pun.. harap2 Mr. MJ balik cepat ye. Dan semoga dia menang dpt juara dlm sukan tu. Td dia sms, dh menang 2 game. Alhamdulillah...
Ok abg... good luck you and your team....

Happy Mothers Day...


Happy Mothers Day to my beloved mom.Pn. Hajjah Khalijah Bt Yob.. angah syang mak sgt2.
Tanpa mak tiada la kami. Terima kasih atas segala2 yg telah mak korbankan utk k ngh dr lahir smpai la skarang. Susah payah, pahit getir mak melahirkan, menjaga , mendidik dan membesarkan k ngh smpai k ngh berjaya tak akan penrnah k ngh lupa. Semoga emak snetiasa dilindungi Allah, diberikan kesihatan yg baik2. Dimurahkan rezeki dan berbahagia selalu. I LOVE U VERY 2 MUCH... TERIMA KASIH EMAK... dan tak lupa buat my MIL...happy mothers day.

Kepada kakak ku jgk (kak yong) happy mothers day. Tak lupa jgk buat kengkawan ku dlm blog ni..dan ibu2 seluruh dunia... HAPPY MOTHERS DAY ...

Thursday, April 21, 2011

HAPPY ANNIVERSARY

pic credit to google

Harini 21 April 2011.... Its our 6th Anniversary.
Sekejap je masa berlalu kan. Sudah 6 tahun aku berumahtangga dgn Mr MJ. Bermacam pahit manis yg kami tempuh. Alhamdulillah, sudah 6 tahun. dan Mia pn akan masuk ke 4 tahun 2 bln lg. Alhamdulillah, semoga rumahtangga yg dibina ini berkekalan dan berbahagia hingga ke akhir nyawa kami. Amin.. Terima kasih my hubby Mr. MJ. Terima kasih anak ibu Mia Hada Batrisyia kerana sentiasa bersama ibu dalam susah dan senang. Ibu sayang Daddy & Mia....

Tuesday, April 19, 2011

baking soda could stop kidney failure

Salam semua......pagi 2 ni, nak kongsi cirta ttg baking soda. Td my mom bgtahu dia dpt artikel dr kwn kt tmpt dialysis ayah ttg bnda mknanan yg bule stop kidney failure. Aku search kt mr google. Aha mmg ada la. Percaya tak baking soda bule stop kidney failure. Tp mungkin amik masa kot. Alhamdulillah.. aku akan cuba. Korang kalu nk tau lebih lnjut klik http://buddingplanet.com/daily-dose-of-baking-soda-could-stop-kidney-patients-needing-dialysis
Mudah mudahan cara ni bule sembuhkan penyakit aku dan orng2 yg sepenyakit dgn ku. Amin...

Monday, April 4, 2011

Laksa Utara

Harini nak letak menu laksa pulak... masakan yang paling senang nak masak bagi aku...dan laksa juga adalah peberet aku nihh... UMMpppnhhhh sllurrppp.. Laksa ni laksa utara..Yg dlm gambaq ni mak aku yg buatkan. Kalu aku buat pun lebih kurang mcm ni la... hahahha... cuma rasa ja kot len.. mak masak mesti laa lg sedap pada aku kan... Tp anak dia ni kot mana pun akan tiru cara mak masak...hehe.
Laksa Utara@kedah



R.U.M.A.H.M.E.O.R



Salam. kwn2
Entry ni aku nk perkenalkan sebuah rumah tradisional.
Sebelum ni tak tau pun ada rumah ni. Selama ni kita tahu setiap negeri msti ada rumah tradisional nya tersendiri kan. Tp rupanya ada lg pecahan2 dlm negeri tu. Baru ni aku ada pegi satu ofis tu. Tenmpak la frame gmbar jenis2 rumah tradisional negeri perak. Salah satu nya ada lah RUMAH MEOR... ahakss...
Lakiku kan keturunan meor2 ni. Ropenye ada laa yerk rumah tradisional MEOR ni. Kat ats tu le ropenye Rumah meor.. Tapi umah nenek Mr MJ kt kg Bota nun mmg sebijik rope ini. patut la ye. Rumah keturunan meor.. hahah
Tp skang meor takde lagi dok rumah rope itu.. Ate dh duduk pun kt bandor. Manee nk cari romahhh gini rope. Tp kalau kaya bule la teman suruh meor buat romah rope ini. Hhahahaha mimpi laa kau....!!!

terkenang..haha

harini gatai... tetiba tingt nk belek gambaq kawin... trus laa tekenang2 masa jd pengantin dulu... alangkah best kalu bule ulang saat itu... hahha. Masa aku kwin idak lee lawa sgt... besa2 jee...

Friday, April 1, 2011

Bihun tomyam simple

Bihun tomyam ni dah lama dah buat.. simple2 ja..
saya campak2 je semua bahan.. pastu celur bihun
tuangkan kuah tomyam atas bihun... sluurrppppp..

Thursday, March 31, 2011

Puyuh @ quail


Sejak 2/ 3 menjak ni asyik sedap mkn burung plak.hahah
Mr Mj pnya kwn kt engine tu laa yg dok juai. Si Oni tu.. korng budak2 engine mesti kenai budak Oni ni.
Senang nk dpt stok burung laa skang ni.. order jaa.. sapa2 yg minat or suka mkn puyuh ni leh laa order kt dia..
hehheh promote tlg kekwn.. 4 ekor Rm10 siap bungkus cantik punya.

Goreng tepung pun sodap.. masak lemak cili api pun sodap jgkkk.. sluuurrppppp

Wednesday, March 16, 2011

coklat kek II




Coklat kek lg.. ini je yg aku suka buat.. sbb Mr Mj ngn Mia suka mkn... hehe aku kureng suka kalu coklat2 nih. Topping tak cntik.. sbb coklat putih jee yg ada masa ni. Sbb aku tesilap blli coklat .nk bli coklat besa tebeli coklat putih. Jd ceq hantam sajalah labu.

Yee Mee special












Salam.....

Uhhh.. lama benor haku tak update blog ni.. Sgt busy .mcm2 benda laa .. aku balik kg. seminggu jaga ayah. Ayah suddenly kaki dia belah kanan takleh jln,. Uhhuh.. so sad la saya. Tp ayah sgt kuat dn tabah. Bln depan balik lg jaga ayah. Moga ayah cepat sembuh. Amin ,..
Ok ni nak cerita pasal yee mee smlm.. Special sbb Mr MJ yg buat.. heheh.. saya sgt suka.
Ok meh tgk resipi dia: Resipi ni dia main campak2 je dan dibantu oleh aku jgk yerr..heheh Korang adjust lee sndiri yer.

1- Yee mee
2- Bwng merah, putih , halia> dicincang halus
3- Isi ayam, sotong ( ikut suka korang nk boh apa)
4- Paste cili 1 sudu besar
5- Kicap manis (agak2 ye)
6- Sos tiram
7- Sos cili /tomato
8- Sayur2 ikut kesukaan anda
9- Telur
10- Tepung jagung
11- Air

Cara2nya:

Tumis bawang2 yg dicincang halus hingga naik bau.
Kemudian masukkan cili paste hingga naik minyak, masukkan isi ayam , sotong segala.
Agak sebati masukkan kicap, all the sos dan masuk air. Biarkan mendidih.
kemudian masukkan yee mee, tepung jagung yg dibancuh dgn air perasakan dan pecah telur.
Semua dh sebati dh agak masak. Sedia dihidangkan.

Selamat mencuba......

Wednesday, February 23, 2011

Rasa mcm nk berenti keja.. atau tukar kerja balik kg... nak jaga ayah ngn mak..
Kesian mak sorng2 terpksa jaga ayah... Ya allah, kau permudahkan lah segala urusan kami...
Tlg lah aku.. aku sgt buntu...

Tuesday, February 22, 2011

risau, runsing, resah

Salam....

Lama kami tak update blog ni.
Tgk tajuk,, hemmm itulah keadaan aku sejak dua menjak ni.
Sejak mnggu lepas,Mia kena alergic yg sgt teruk, habis gatal2 satu badan, kesian dia tergaru2 smpai nak tido pun tak boleh. Dah bwk pegi klinik, mcm besa Doc bg ubat mkn je, dan paham2 laa jgk. Mia bukan nye nk mkn mcm besa. Aku tepksa laa masukkan lam air milo dia. Ikutkan doc tu dia kata lebih elok mkn terus tidak dicmpur dgn air. Tp aku terpksa je la buat gitu, kalu tak takdo laa budak tu nk mkn. Kalu dah gitu punya rope, bila laa nk lega sakit dia tu. Smpai harini asal mlm je, dia dh start menggaru, pastu berlarutan la smpai ke tido, Mcm mlm td kui 3 am dia kejut aku suh garu bdn. Hasilnya, aku hrini ngntuk kt opis ni.

Lg satu yg buatkan aku risau , tentang ayah aku. Smlm ptg adik yah msg kata nk balik kg jaga ayah sbb ayah tak bule jln. Berderau darah aku bila baca msg dia. Terus la telefon ayah. Sedih bila dgr suara ayah. Sbnarnya ayah aku dh lama sakit.. Aku slah sorng mewarisi sakit dia. Sakit buah pinggang. Ayah dah 15 thun dialysis. Disebabkan dialysis tu saraf ayah bnyk yg rosak. Sebelum ni kaki ayah dh sakit, ayah cuma bule jln pelan2 ja. Kalau duduk , bila nk bangun sgt laa terseksa tgk ayah nak bangun. Tp smlm ayah dh takleh jln.. Bila telefon ayah ckp kaki sebelah kanan dia yg sakit sgt. Ya Allah, sungguh berat ujian yg Kau beri kepada ayah. Tp aku tahu ayah tetap kuat,tabah. Ayah lah penguat semangat aku utk lawan penyakit kami ni. Untuk terima ujian paling besar dlm hidup kami ni. Tak pernah sekali pun aku dgr ayah mengeluh sakit. Aku harap sgt, ayah bule jalan kembali.

Ya Allah, aku mohon kepadamu, Kau kurangkan lah beban kesakitan ayah ku. kau sembuhkanlah dia. Sembuhkan lah kami. Apapun yg terjadi , aku redha..

Thursday, February 17, 2011

kosong

no idea nak crita apa//??
grrrrrrr,..

Monday, January 31, 2011

mia warded

Masa 17 january tu la , ank kesyng aku tu. Mia hada batrisyia warded kat Tawakal.
Kisahnya. Pd mulanya hr rabu mnggu sebelum tu masa amik kt skolah bdan dia dh panas2.. Mlm tu dia terbarign ja.
Esok tu aku bwk ke klinik, tp dia ni jenis degil tahap apa aku pn tak tau... pnya laa susah gila nk mkn ubat..jd ubat yg masuk dlm bdn dia tu ada laa beberapa titik kot... dah puas mcm2 cara aku buat suma tak berhasil.
Demam pun meleret laa tak mo lega2.. 17 January hr besday aku tu la.. aku tgk mia makin lemah je.. Ahh sudah,,, aku dh mula risau dah ni.. daddy masih bule relaks. Nak tak nak aku bgtau daddy dia kita kena jgk bwk mia ke spital dan warded kan dia. Nasib baik daddy pun ok.. Kul 2 pm terus gerak ke Tawakal spital kt Jln pahang nun.. jmpa doc,.. dan mmg doc kata kena warded jgk.. kalu dia tak bg pn aku minta kan jgk.. sbb aku tak tahu dh mcmana cara nk bg dia mkn ubat.. kalu biar mau melarat lg teruk sakit dia kan.


Lepas jmpa doc,, uruskan segala hal nak admit. Dah settle dorng ni hntr la ke wad pediatric.. wahhhh sungguh best wad kt tawakal ni.. tambah2 spital baru lak tu.. Selesa sgt, dan yg paling best ada TVmasing2... takdo laa den boring menunggu. Hari2 layan kartun ngn Mia...
Tp sian bila anak masuk wad ni satu je la... kena cucuk kt tngn utk drip tu... huiiiii melalak2 laaa si Mia masa nurse2 tgh dok proses nk cucuk dia tu. Aku tak dibenarkan masuk.. so tnggu laa kt luaq bilik tu.. smbil dgr sora mia menjerit2 pnggil Ibuuuuu!!!!!! ibuu!!!.. huhuhu sungguh tak menahan hati ibu ini dgr anak melalak2 pastu dok terbnyng nurse ramai2 dok pegangn dia...huhu.. tp relakan aja la.. demi tuk kebaikan dia.

Mia ni demam sbb infection kahak bnyk . Sbb tu mlm je demam.. siang ok sket2,, tib amlm jee demam.. Doc ckp amikmasa sket sbb infection. Dia jgk dah hampir2 nak kena asthma.
HUhuhuhuh... sbb paling utama dia leh jd mcm ni tau sbb apa.. SBB daddy si perokok tegar itu la antara punca utama Mia nk dpt semput.
Jd moga daddy amik iktibar dr kejadian 2 yg berlaku ni.. insaflah wahai perokok semua yerr.. sayangilah keluarga anda.. kalau anda tak sayang bini anda.. sayangilah anak anda.. hahahahahha bule tak ayat mcm ni..

Masuk hr isnin,, jumaat ptg baru laa leh kuar....ALHAMDULILLAH skarang mia dah sihat sepenuhnya. Harap2 moga anak Ibu sentiasa sihat dan dilindungi dr semua penyakit yg memudaratkan.



happy belated besday Syuhada!!!



Uhuhk uhuk...
Dah lepas lama dah besday saya..
17 January 2011 hritu.
Tp hrini baru nk tulis dalam blog..
Tau sbb apa..

Tnngu entry satu lg.....


Monday, January 10, 2011

menu2 weekend

Ehehehehe.....
dimulakan dgn gelak ..hahah sbb takdak gambaq...
hanya penceritaan sahaja.. jgn maraaa naaaa...

Weekend kemarin ni.. sabtu.. aku dok ngn Mia je.. sbb daddy work..
Jadi kisah nak masak ni sgt laa buntu bila Encik hubby tu takdak... aku baru prasan, bila dia takdak kt umah, mood aku cam malas2 nk masak pastu jenuh dok pikiaq. Dan hritu , aku masak ni je:-
1) Ikan sardin sambal
2) Ayam masak kicap
3) Sup Sayur bayam merah
4) Sambal belacan dan ulam timun + peria katak


Hari Ahad smlm, berkobar2 sket mood sbb daddy ada.. ahaha..gedikskan,
Masak ni ja:-
1) Siakap berlada (pedas bedengung orng kedah kata) sbb pakai cili api. Request by daddy
2) Sup ayam ( request by MIA busyukk). budak kecik ni semedangg supp. Tp skang dh pndai minta tomyam.
3) Pajeri nenas.
4) sambal belacan hri sabtu ada lg.. sambung mkn lg. En MJ suka nk ulam ngn peria katak dia tu.

Ptg... aku mengekek sorang2...
Aku wat kek coklat ja.. Tp tak berapa best sbb lupa nk bli cooking cekelat tu. Ada cekelat putih ja. Bantai je laa wat topping..
Kek ni nti aku upload gambaq..

Motip crita.. saja ..ahahhahhah mood tgh ado ni. Jadi rajin laaa aku menaip2 ni..
Perut lapaq nasi ni..
Ok cauu..

dia nangis..

Salam....

Entah kenapa laa pulak cik Mia hrini..
masa haku hntr dia kt skolah td , bila cikgu dia amik,, dah menangis pulakkk
adoiii tak penah dok mengis.. harini dia nangis
Daddy ckp , len kali ibu takyah hntr la,,
Emm mungkin kot... anak ibu laa katakan,, sikit2 ibu sikit2 ibu si Mia tu..
Pasni biar daddy je hntr Mia ye..
Ibu ni takleh sikit tgk Mia nangis..kang ibu mula la rasa tak bestt...
kt opis dok teringt MIA jaaa..
Anak ibu good kan.. takmo nangis2.. dia dah besar.. dia dha pandaiii...
hehhehheh
..IBU sayang MIA..

Monday, January 3, 2011

GiLa boring

huhuhuhhu
gila la aku hrini mai keja...
borign sgt2.// gila boring ditambh dgn mengntuk
pastu letih sbb period kot..
kalu tak mai keja.. syg laa plak cuti aku...awai2 tahun ni kena laa jaga attendance.. hah poyo
cehh.. kunun2 nk jaga sgt laa cuti awok yg ciput tu.. hahah
tgh2 tahun nnti... melambak2 hang apply cuti ..
tu lom kira cuti yg kalau aku sakit..
tp INSYAALLAH.. tahun ni pasti aku sihat selalu... takmo dah sakit2 mcm 2009 +2010..
AKU YAKIN....PASTI.. dan REDHA....
smilee selalu...hehehe ;)' ;)

HAPPY NEW YEAR

SALAM

SELAMAT TAHUN BARU 2011 SEMUA...

Lamanya aku tak update blog yg tak seberapa ini kan. mcm besa aku malas. Pastu takdak idea.
Nak letak resipi rasanya mcm2 aku masak sepnjgn cuti 3 hri lepas ni.. Tp tu laa.. dek kerana malas bebeno nak mengeluarkan kamera, nak klik 2 gambar mkanan yg aku mask.. Jd takdolah apa2 new recipe. HHahahhaha bule kan.
Cuti tak kemana pongg... Cuma on saturday Mr MJ bawk aku ngn budak bucuk tu p Sunway Piramid... dah berapa tahun aku rasa tak jejak kaki ke
Piramid ni since dah kawin la aku rasa. Dulu bujang rajin aku gie dating jln2 kt situ ngn Mr MJ tu..hohohoohoho. Besa laa bila dh kawin mood betukar laa.. tmbh2 Mr MJ.. yg semeangnya tak suka berjln2...kdng2 tension gak aku.
Korang apa cerita? mesti mcm2 programme kan cuti. Emm td baru aku perasan.. ada followers baru la kt blog aku..Tima kasih buat kak aidiena yg sudi menambah kan bilangn follower saya yg sgt ciput itu dan yg baru belaja2 nak berblog ini.. TQ very much..leh la kongsi2 crita yer.
segan tgk blog orng suma santik2... aku ni kosong ja.. tak berapa pndai lg..
wokeh... setakat ini dulu kot..
Harini sgt borign dtg opis.. sbb takdak geng.. geng suma cuti..huhuhhuhuh
wokehhhh daaaa