background

Daisypath Anniversary Years TickerDaisypath Next Aniversary PicLilypie 2nd Birthday PicLilypie 2nd Birthday Ticker

Thursday, November 24, 2011

hari bertuah ,menang first prize lucky draw..ngeh ngeh



Salam...

Yuhuu... weekend baru ni opis aku buat dinner kat Sheraton Imperial Hotel K.L. Program start after mghrib.. AKu plak smpai lmbt.. aduussss... geram betuii.. jln jammed laa .. itu yg lmbt.. kalu ikut kan kul 8 aku dh smpai.. alih2 8.30 jgk smpai... Smapai2 director tgh berucap.. Buat slumber ja la masuk.. ngeh ngeh ngeh... Kami pegi 3 beranak je.... Dinner ni actually utk couple dinner.. Tp sbb mia takde orng jaga.. so dorng bg laa aku bwk dia.. kalu tak ... Mr MJ takmo laa ikut ,.,.sian kt si anak dara kecik dia tu.
Makanan mlm tu not bad la.. ok ok la... Ad berian i kambing.. kambing dia sodap....rojak buah, rojak pasembur, ABC, laksa (tak sedap) mee rebus, kuih muih, nasi ayam, sushi, keledek grg pon adoo. Assorted fruits... teh tarik pun ado. Aku tak le melantak bnyk sgt.. rasa serba sikit.. hehehhe...
Dan tiba masa yg suma orng dok tunggu2...masa tuk cabut nombor bertuah....hadiah grand2 jgk tau. Aku orng ke -2 yg dipanggil utk cabut nombor.... jeng2222.... masa kedepan nnk cabut no.. mia pn follow... jd dorng pn bg laa mia yg cabutkan... Sebelum tu aku dah ushar dh hadiah2 yg tersedia tu.. yg aku nmpk hdiah no 8 yaitu oven besau... mmg mengidam idamkn oven sgt3...

..
hope sgt dpt laa tu.. Skali bila no tu dibukaaa..jeng2222.. NO 1.... hahhaa suma orng menjeritttt.... menjerit sronok + tak puas hati sbb hadiah yg dorng impikan dh dpt kt aku. hadiah nyer tidak laaa sebesao mana pun.. nak tau hadiah dia apa// TV Plasma 19 inci ja... hahahahhaha aku pn taekejut.. sbb mmg aku tak tau pun hadiah pertam adalah tv.. Ya allah.. melonjak2 riang jgk laa aku bila orng suma bersorak sorak... keciwa mereka2 yg menghrpkan dpt tv plasma tu.. hihihi.. Bertuah sungguh Mia ... hasil dr tgn kecik dia yg mencabut no. tu... mmg bertuah sungguh...Emm syukur alhamdulillah.. rezeki...
Apa2 pun.. thanks S-Dev anjurkan dinner yg best... gmbor nnti yer.. tak bnyk pun...


Tuesday, November 8, 2011

Panduan untuk Ibu bapa... sgt bagus

PANDUAN MENDIDIK ANAK

1) Jangan pukul anak dari lutut keatas

2) Jangan gunakan
... tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control

3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak

Sabda Rasulullah s.a.w.

“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”

4). Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

5). Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

6). Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

7). Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

8). Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap.

9). Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

10). Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

11). Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

12). Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

13). Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

14). Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

15). Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

16). Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

17). Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

18). Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

19). Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,

20). Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

21). Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

22). Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

“Anak- Anak ibarat kain putih. Ibu bapa lah yang mencorakkannya menjadi yahudi, nasrani atau majusi”
See more

Friday, November 4, 2011

Selamat Hari Raya AidilAdha 2011

Salam....

Mesti harini ramai dh pulang ke kg kan? ke ada yg tak balik..Apa2 pun takpe lah... Just nak ucapkan
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA
...jgn mkn daging banyk2 yerr...

Pd yg balik kg.. hati2 di jalanraya.....

Thursday, November 3, 2011

Kenangan Raya Haji tahun lepas..:( huhuhu


Arwah ayah baju kotak2 tgh sedia nk sembelih lembu raya haji tahun lepas





Esok jumaat mak nak buat ketupat..sempena nak raya haji AHAD ni..sbb kami mungkin akan balik kedah mlm esok..
Sbtu nak gerak balik ke Baling plak umah Paklong.. raya haji kali ni mesti sedih sbb buat pertama kalinya kami raya tanpa ayah...sobsob..sobsob..
Aku ingt lagi raya haji tahun lepas.. ayah n mak buat kenduri kt umah kami di kulim..knduri aqiqah cucu dua orgn dan jgk sempena raya korban... Ayah dalam tak larat tak larat dia pn.. dia tetap nk sembelih lembu jgk.. Rupanya itu adalah raya haji terakhir ayah... Ya ALLAH.. sedih sgt bila terkenang balik...Patut la ayah beria2 nak jgk sembelih lembu... Ayah mmg tiap2 tahun dia yg akan sembelih lembu kt surau kt taman kami tu.. Ayah sgt seronok masa kenduri tu. walaupun penat...Hanya gambar tinggal kenangan...
Thun ni.. takde lagi ayah ...Semoga roh ayah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama2 orng2 yg soleh..Amin .... K .ngah rindu ayahhh sgtttt2.....


Wednesday, November 2, 2011