background

Daisypath Anniversary Years TickerDaisypath Next Aniversary PicLilypie 2nd Birthday PicLilypie 2nd Birthday Ticker

Wednesday, December 21, 2011

Teramat rindu..

Harini betui2 terasa rindu yg teramat sgt kat arwah ayah....
Kalau dulu, terasa rindu ja kt ayah terus dail nombor HP ayah, dapatlah dgr suara ayah...
Skarang...taktau nk buat mcmana... Hanya doa shj yg dpt ankndamu ini kirimkan utk ayah di sana...Damailah ayah di sana..Huhuhuhu:(:(...Semoga ALLAH merahmati ayah....Ya Allah, tempatkan ayah bersama orng 2 yg Soleh..AL-FATIHAH...

M.C. 2 hari..,huhu

Assalamualaikum....


Hai semua..dh 4 hr aku tak jenguk blog ni..harini baru bersua kembali...
Kisahnya.. Hari Ahad dan Isnin aku dpt MC.. sambung cuti laa aku dr weekend tu...Kaki kiri aku terseliuh kot... Urat bengkak.. keliling buku lali tu bengkak dan merah.
Sabtu tu aku dh rasa sakit2 dh keliling buku lali tu tp sket2 ja.. Naik ke Ahad..tu makin kuat.. mlm hri ahad tu lg laa kuat... jln pun dh terhencot2..nak naik tangga lg laa terhegeh2...Nasib baik laa mak aku ada kt umah.. mak lee tlg masak suma..
Aku rasa kaki aku jd gitu sbb aku bnyk kali terpeleot.(.terpelecok).. Nampaknya takleh pakai kasut tinggi dah la lepas ni..nak avoid dr berulang lagi sakit ni...
Emmm takpa laa... pasni nak p cari kasut yg rendah2 je la..

Wednesday, December 14, 2011

T.A.K.S.E.D.A.P.B.A.D.A.N.

Harini rasa sgtt laa tak sedap badan.. perut pulak asyik nak buang 2 air besar ja dr awal2 pg td. Agaknya sbb mkn pecel ayam yg pedas sgt kot smlm.. Rasa nak baring2 ja...
Minta2 laa ptg karang ok.
kt opis dh laa tak ramai yg ada ..suma dok bercuti lg.. Aku rasa next week aku kena ambil cuti jgkk...Penat laaaa..

Friday, December 9, 2011

Report Day Mia

Hrini 9 Dec 2011 Friday ada report day kt skool Mia. Jd kul 12 tghri td aku kuar laa ke EDUCARE dgn si dik yah. Mujur tak ramai sgt parent yg dtg td.. Jd takle lama sgt menunggu turn. Kena jmpa teacher yg 4 yrs dulu.. Skang Mia dh ditukarkan ke 5 yrs dh.

Overall report Mia sgt lah memuaskan hati aku.. Teacher ckp mia seorng yg berdikari, senang jaga, cepat dapat apa yg teacher ajar,,,peramah. Heheheh .. sbgai ibu, sedikit sebnyk aku berbangga sgt dgn pencapaian Mia.

Ibu harap Mia akan lebih berjaya di masa akan dtg.. Keep it up girl. Ibu syggg Mia so muchh....

Thursday, December 8, 2011

terharu sekejap

Terharu dan syokk sgt harini...
Sebab ada kwn baru yg follow blog saya.. dia jgk sudi nk ajar saya ttg berblog ni....dan yg paling terharu skali.. dia letak gambar kek saya yg tak seberapa tu kt blog dia.. Terharu sungguh..
Saya suka baca blog dia.. sbb blog dia suka cerita ttg anak dia yg comel tu dan jgk bnyk info2 yg sgt berguna..Walaupun kami tak pernah jumpa, hanya bersembang melalui FB
, tp saya suka cara dia.. Peramah. Terima kasih hanis....@ mamalurveirfan
Lepas ni kita bule la kongsi2 crita , kongsi2 recipe.. crita anak2...etc.

Wednesday, December 7, 2011

Sama2 renungkan

Dari Ali bin Abi Talib r.a.: Aku dengar Rasulullah s.a.w. bersabda, "Tiga golongan dari umatku akan mengisi neraka jahanam selama 7 kali umur dunia. Mereka itu adalah:"

a. Orang yang gemuk tapi kurus
b. Orang yang berpakaian tetapi telanjang
c. Orang yang alim tapi jahil
...
* Adapun yang gemuk tapi kurus itu ialah wanita yang sihat tubuh badannya tetapi kurang ibadat.
* Orang yang berpakaian tetapi telanjang ialah wanita yang cukup pakaiannya tetapi tidak taat agama.
* Orang yang alim tapi jahil ialah ulama yang menghalalkan yang haram kerana kepentingan peribadi.

Tuesday, December 6, 2011

Renung renungkan

Apabila orang buat tidak baik pada kita maafkan dan bebaskan diri dari emosi negatif dan jgn sekali reaksi pada mereka. Kekalkan getaran tinggi, JIka kita reaksi makna kita telah align tenaga kita dgn tenaga negatif mereka. Allah sentiasa ada dan sesiapa yang buat tidak baik akan dapat balasan tak perlu kita balas, Alangkah tenang hidup ini jika menjaga apa yang kita fikir rasa dan buat setiap saat dan tidak biarkan tindakan orang lain mengawal perasaan kita. Kita harus sentiasa syukur sabar dan redha

..HUHUHu rindunya

Kami kena tinggal... seminggu pulak tu.. Aku n Mia hari2 laaa rindu merindu kat daddy@ Mr MJ.
Beliau sekarang tgh berada kat Pulau Langkawi. Sbb kena bertugas di LIMA Langkawi.
Syok lee dorng.. satu department suma pegi. Kakyani ,dak ayu kak liza,,, cuti sambil kroje laa kome yer... beshh beshhh..
Seminggu ni aku tumpang dok umah adik aku.. si dikyah. Dkt sket nak mai keja.. idak lee aku berdua2 an je ngn mia nak travel dr rawang ke gombak hari2...
Mlm td.. mia dh start rindu rinduan teruk dah... Nak tido jee dok sebut "nak daddy nak daddy" . "Mia nakikut daddy".Nasib baik tak nangis teruk2. Tgk mlm ni mcmana pulak..Weekend cuti 3 hr lg kan.. Kalu MJ izin , leh la aku balik kedah ngn mak aku.. balik leh tumpang dorng... Baru dok paln2 ni.. MJ call ni... sebak pulak aku bila ckp kt dia ank rindu dia... hehehehehh..Dia ckp brng bnyk.. mmg tak muat le aku nk tumpang.. tak jd laa kot nak balik ..

Emm tunggu je laa smpai isnin ni...Sabar yerrrr Mia... nnti daddy balik..bwk ole2 mcm2 tuk kita... ngehngehngegh....