background

Wednesday, November 20, 2013

Nasi Tomato with Ayam Masak merah & Jelatah


Salam.......
Yang ini projek weekend baru ni. Dah lama benor aku tak masak nasi tomato, Jadi haritu tekak teringin pulak nak mkn ni.. Tgk bahan suma ada. 
So, jadilah nasi tomato simple ni yg aku padankan ngn ayam masak merah sama jelatah timun nenas.
Masak simple2 je. Ikutkan lg sedap kalau ada dalca. Tapi aku tak buat pn .. takde bahan..
Resipinya nnti akan dimasukkan yer. skarang ni mls..Ok cau..



Friday, November 1, 2013

LAKSA....emm menu kegemaran ni....

 LAKSA


Bahan-bahannya:

Laksa sepeket (aku suka guna laksa yg saiz kecik)
Ikan sardin@selayang 
Bawang besar/ bawang merah
Cili kering (di kisar)
Asam keping
Daun kesom
Bunga kantan

Bahan tabur atas:
Timun
Salad
Nenas
CIli api
Limau nipis
Daun selom
Bawang

Cara-caranya:

Rebus ikan sardin . Asingkan isi dan tulangnya. Kisar isi ikan dan asingkan. Kemudian kisar tulang2 dan tapis..ambil airnya saja.
Kisar cili kering bersama bawang. Masukan dlm periuk dan juga isi ikan yg telah dikisar. \
Kemudian masukkan air rebusan ikan tadi. Kalau kuah sikit bole tambah air. 
Masukkan asam keping, daun kesom dan bunga kantan.
Perasakan dgn garam dan serbuk perasa..Biar mendidih
Laksa siap dimakan....

Kari kepala ikan

Salam.... harini nak kongsi resipi kari kepala ikan atau orng utara panggil gulai...
Sedap ni kepala ikn.. Aku guna kepala ikn siakap hasil dr adik lelaki aku yg sorng tu memancing. Dia mmg kaki pancing.. Rezeki dia hritu dpt 2 ekoq ikan besaq. Sekor siakap dan sekor lagi jenahak.. woww wiii sgt lah best... Jadi yg isi2 dh masak smbal le mcm2 le. Jadi tinggai kepala mak aku bg...  hrittu tingin nk mkn gulai kepala ikan.. Itu la yg terjadi lauk ni. Moh tgk resipi....

Bahan-bahan:

Kepala Ikan@ ikan
Bawang putih  }  dipotong nipis
Bawang merah }
Daun kari
Halba campur
Serbuk kari ikan - aku guna cap O
Serbuk cili  sedikit
Santan Air asam jawa
Bendi
TOmato
Garam

Cara-caranya:

Tumis bawang , daun kari dan halba campur sehingga naik bau dan kekuning kuningan
Masukkan rempah kari dn serbuk cili... Rempah ikut bnyk mana yg korng nk masak... Rempah perlu balance utk mendapat kuah kari yg agak2 pekat... (tak pekat sgt dn tak cair sgt). kalau serbuk kari kurang akn menghasilkan kari yg cair..
Masak hingga pecah minyak..
Bila dh pecah minyak masukkan air asam jawa diikuti dgn santan dan kepala ikan...kacau sebati.
Kemudian masukkan bendi, tomato , cili, dan perasakan dgn garam.