background

Daisypath Anniversary Years TickerDaisypath Next Aniversary PicLilypie 2nd Birthday PicLilypie 2nd Birthday Ticker

Tuesday, April 3, 2012

1 April 2012

Assalamualaikum...

Tarikh 1/4 yang tak pernah aku lupakan. Kenapa? Harini adalah Hari Lahir arwah ayah ku yg sgt ku sayang. Masih ingt lagi.. setiap tahun tibanya tarikh ni walaupun takde celebrate apa pun, aku akan telefon ayah dan ucap selamat hari lahir ayah. dan tergelak seronok ayah bila dpt wishes.. Ayah bukan yg jenis suka nak bermajlis2 besday, cukup sekadar ucapan. Dan buat pertama kali bermula tahun ni, tiada lagi ayah utk aku telefon ucap selamat hari lahir. Rupa2nya tahun 2011 adalah harijadi terakhir ayah. walau ayah dah takdak disini... kngah tetap nak ucap selamat hari lahir buat ayah yg sgtt kngh sayangg. Semoga ayah berbahagia disana. Kngh pasti ayah cukup senang di sana , berada di bawah pohon yg rimbun dan dpt menikmati buah buahan yg sedap mcm yg telah ayah khabarkan didalam mimpi kak yong dan adik.
Kngah doakan semoga ayah ditempatkan bersama golongan orng2 yg soleh. Al-Fatihah..

Sedihnya.. hujan sudahh.....

Ok , takmo sedih2 ya. Meh nak crita pasai weekend 1 April haritu.

Weekend lepas yg bertarikh di atas ni korang buat apa?? Weekend aku tersagt la penat. Sbb apa nak tau.. Sbb aku kena jadi driver. Slalu Mr MJ yg dok bwk kalu nk p mana. Tp hritu aku yg kena bwk keta sendiri. Kisahnya,ada sepupu aku jemput ke kenduri breakfast opening kedai dia cwngn ke 6 (Kafe An Nurs) korang ada penah termkn kt kafe ni tak? kafe dia ada jgk kat The Curve. aku tak penah p pn. Ni la first time aku nak p.
Yg aku nk p ni kat Denai Alam. Aku dgn tak tahu kt mana Denai Alam tu , main pegi je. Sbb yg aku berani nya sbb ada mak, adik n akak aku ikut skali. Pagi2 dr Rawang kuar ke Puncak Alam amik kakak ku, pastu baru tolak ke Denai Alam.. tapi bule tak kami ni sesat,, tak nmpk sikit pun tulisan Denai Alam.. habis bukit jelutong aku jelajah, segala bagai pusing balik. Sbb dia bg map sgt la simple. Last2 jumpa jgk, dah masuk ke Denai Alam tu,, mencari lg pulak. Tak nmpk kedai satu pun. Denai alam ni tmpt baru. Sepupu suruh tnya pak guard, tp pak guard pun bengong jgk. Last dpt jgk direction yg betui.. At last Alhamdulillah jumpa jgk kedainya. Dah mkn apa suma, selesai. Bertolak balik laa pulak ke Puncak Alam hantar kakakku dan anak2 dia, tak singgah dh pun sbb aku nk gerak ke PJ pulak umah MIL. Jiran sbelah umah MIL ada buat kenduri kawin , tu yg kena pegi jugak. Sbb ni la mr MJ tak leh bwk aku gie Denai Alam tu, dia kena p tlg jiran kenduri kan.. Kalu tak p , apa plak kata orng kan. dulu kita kwin orng tlg. La ni time depa laa pulak kita tlg.. Mcm tu laa yer bila hidup berjiran ni.
Dlm kul 12 smpai la kt Taman Datuk Harun PJ tu. Udah melilau cari parking pulok.. Nyampah aku, situ dah la crowded, bila ada orng kawin plak, lg bertambah2 crowded. Dh smpai.. mkn2,, lepak 2 rehat2 kat umah MIL sat. solat suma..
Kul 4 pm baru tolak balik ke Sri Gombak umah adikku itu. Mlm baru la balik umah. Tu pun jadi driver jgk.. Sbb kena gi amik Mr MJ kt UIA, sbb dia tinggal motor kt UIA, then aku amik terus jalan je la.. mls nk tukar2 driver dah. Kesimpulannya hari Ahad tu, aku dok jadi driver dr pagi smpai ke mlm... tak penah aku buat lg. hahhahahahah.. Pastu mlm penat mcm orng gila.. mata layu2 aawai..Sa,pai umah terus tidoq..
heheheh sekian..

Monday, April 2, 2012

Ingatan untuk diri sendiri dan anda semua

TANDA2 HATI ROSAK... DAN MERAWATNYA....

1. Hati tidak merasa bersalah apabila terlibat melakukan dosa dan maksiat.
2. Tidak terasa untuk melakukan taubat apabila melakukan kesalahan.
3. Merasa seronok bergelumang dalam dosa.
... 4. Tidak mempedulikan perintah Allah, malah suka terbabit pada larangan-Nya.
5. Benci kepada kebenaran dan cuba menghalang kemaraannya.
6. Benci kepada orang-orang soleh atau mereka yang suka melakukan kebaikan.
7. Suka bertengkar pada perkara yang tidak memberi manfaat untuk agama.
8. Menerima rasuah, sogokan, riba dan perkara haram serta merasakan keseronokannya.
9. Takut kepada orang yang gagah, tetapi sedikit pun tidak takut kepada Allah.
10. Benci kepada perkara makruf dan suka kepada perkara mungkar.

Kaedah rawatan penyakit hati

a) Mentarbiah hati supaya mencintai Allah dengan sedalam-dalamnya
b) Membaca serta bertadarus (menyelidik) makna dan maksud-maksud ayat al-Quran
c) Mendekatkan kepada Allah dengan amalan-amalan sunat.
d) Khusyuk dalam solat.
e) Memperbanyak zikir dan memohon ampun kepada Allah.
f) Melakukan kebaikan kerana ikhlas kepada Allah dan mengharapkan keredaan-Nya.
g) Melakukan amal dan ibadat berdasarkan perintah Allah dan Rasul.
h) Beriktikad dengan akidah yang betul.
i) Sentiasa melakukan muhasabah diri.
j) Memperuntukkan masa bagi Allah menerusi penggarapan ilmu-ilmu agama.
k) Memperbanyakkan qiyamullail, berdoa terutamanya pada sepertiga malam.
l) Tunduk dan khusyuk kepada Allah dalam segenap tindakan dan perbuatan.
m) Memastikan sumber makanan dan pakaian adalah halal di sisi Allah SWT.
n) Menundukkan penglihatan kepada perkara-perkara yang diharamkan Allah.
o) Suka menziarahi kubur dan mengingati mati.
p) Sentiasa bersyukur dan reda kepada Allah atas segala nikmat yang dikurniakan.
q) Suka membantu anak-anak yatim dan bermesra dengan mereka.
r) Suka bersahabat dan duduk dengan orang-orang soleh yang boleh dijadikan teladan

"Orang-orang yang beriman dan hati-hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenteram."
(Ar-Ra'd: 28)

sumber : dari FB kawan..