background

Daisypath Anniversary Years TickerDaisypath Next Aniversary PicLilypie 2nd Birthday PicLilypie 2nd Birthday Ticker

Thursday, October 28, 2010

Kari@Gulai daging & Udang goreng kunyit

Salamm...


Menu mlm td... Mr. MJ request nak mkn kari daging..
Jd ceq masak la kari daging utk dia.
Selain tu ada la jgk ce goreng udang ngn kunyit
Pastu masak sayur bayam merah wat sup ja....
Mcm besa gambaq tarakkk
Mesti dak sidratul muntaha tu baca pastu rasa hmpes sbb takde gambaq..n takdak resipi.. den malas ni. hahahhahah..Ini je yg haku rajin nak naip tuk harini ...
hokesss byeee

Wednesday, October 27, 2010

Nasi Ayam hadamia

Yuhuu\


Mcm besa,, tiap2 hari on the way balik ke rumah dlm keta antara dialog2 yg msti ada adalah,, " mlm ni kita nak mkn pe ye bang? Abg ckp ja nk mkn pe ayang masak.
Encik abang plak jwpn slalunya, "apa2 je " malas masak nasi goreng ja.
Emmm hihih sempoikan laki ceq ni. Ceq ja slalu dok memeningkan diri sndiri nak masak pa.. hahahah
Mlm td ceq bg cadangn masak nasi ayam je, Encik abg ngikut ja. Dia kata hokess ceq pun suka la.
Balik umah,, cek buat apa yg patut, pas maghrib baru la ceq mulakan kerja2 memasak.

Sekejap ja ceq wat nasi ayam ni. NAsi ayam yg simple je.. mls nk bermcm2.
Ayam ceq rebus sekejap tuk mndptkan stok ayam tu.
Pastu perap ngn hoisin sos, kicap, madu. Ceq perap kejap je. Kalu lama2 lg sdp. Sbb nk mkn dah kan. Pastu digorenglah ayam tu.
Nasi lak ceq masak pakai stok ayam tu.
Sayurnya hanya ada timun dan tomato ja., tomato besaq ni Mia takmo .. awal2 dia dah request Mia nak tomato yg bulat2 tu" katanya.. "mmg la tomato suma bolat "cik anak oi..daddy kata. |Hihihi
Time mkn dia takmo tomato yg dipotong tu,, (tomato besaq tu) .. rupnya baru kufaham.tomato bulat2 tu adalah cherry tomato tu. dia suka cherry tomato tu,, nasib baik ada lg dlm peti sejuk tu.
Untuk sambal ceq blend cili merah n cili padi merah tu dn garlic. pastu ceq tambah2 sos sket,... masak kan sket... siap...
Kicap tak buat.. sbb encik abgn tkmo.

Mknlah kami nasi ayam sempoi ja mlm td,....

Tp ceq takdak gambaqnya... suh Encik Mj tu snap kan guna Nikon dia yg gabak tu . tp katanya "
Malasla...nasi ayam pun nak amik gamborrr... yaa ampunnn" tak kosa aku nk melwn dah...
perut pun dah lapaq sgt... Jom melantak.... Jadi takdak laa gambaqnya... Sori noooo..

Sekian crita nasi ayam ceq.

Thursday, October 21, 2010

WaJAh2 yg Ku SayAnG






Buah - buahan tempatan




Buah Markisa yg kt umah ceq


Salam... Ha ni entry ceq nak letak gambaq buah2 tempatan. Tp idak le bnyk nauu buah nya.. Ada 3 jenis buah ja Buah2 ni ceq dpt masa cuti raya kt kg ceq hritu nun.. kt kulim kedah nun.. Nak crita pasai buah yg satu ni,. Rasanya buah ni orng jrang dpt.. dn rasa ad stgh orng tak tahu pun buah apa tu. BUah markiasa... BUah ni ada kt umah ceq.. Mak ngn ayah ceq yg dok tanam pokok ni.. Ok ni ada sikit info ttg pokok ni... Info dr En. |Google. hehe 1. Buah markisa.

Pokok Markisa atau juga dikenali sebagai buah susu, merupakan sejenis pokok yang menjalar bagi mendapatkan cahaya matahari. Buahnya yang rasa sedikit masam dan manis boleh dimakan begitu sahaja ataupun dijadikan minuman. Kini terdapat jus markisa dijual di pasar raya atau kedai-kedai.

Pokok markisa ini terdapat di kebanyakan negara-negara tropika dan sub-tropika terutama di Australia, India, Kenya, New Zealand dan Hawaii. Markisa ditanam secara komersil di negara-negara berkenaan. Dua varieti yang biasa ditanam untuk tujuan ini ialah markisa berkulit warna kuning (Passiflora edulis f.flvicarpa) dan buah markisa berkulit warna ungu (Passiflora edulis sim).

Terdapat dua jenis markisa, satu berwarna kuning yang tumbuh di dataran tinggi dan satu lagi berwarna ungu. Walau bagaimanapun, rasa kedua-dua jenis ini adalah sama sahaja. Varieti kuning didapati lebih sesuai ditanam di Malaysia kerana boleh mengeluarkan hasil yang lebih tinggi berbanding varieti ungu. Varieti kuning ini telah dibawa ke Malaysia dari Australia dan Hawaii pada tahun 1960-an. Markisa ialah tanaman saka yang menjalar. Buah markisa mengeluarkan sulur paut dari pangkal daun. Bentuk daunnya bulat membujur dan rata di tepi.

Di Malaysia, markisa dari varieti kuning mula menghasilkan buah dalam jangka masa 5-6 bulan selepas tempoh penanaman dan jangka hayat pokok adalah lebih kurang 3 tahun. Lebih kurang 74 hari selepas pendebungaan, bunga akan menjadi buah yang bujur berukuran kira-kira 7 cm dan 6 cm dan mempunyai berat dalam lingkungan 8 g. Buah ini manis serta mempunyai rasa dan bau yang sedap apabila ranum.

Buah markisa boleh didapati sepanjang tahun tetapi puncak pengeluarannya ialah di antara bulan Disember hingga Januari dan Julai hingga Ogos. Indeks kematangan komersil untuk buah markisa adalah apabila buah tersebut jatuh dari tangkainya secara semulajadi. Maka barulah buah markisa tersebut boleh dituai. Ini selalunya berlaku selepas 75 hari selepas proses pendebungaan.

Buah markisa ungu sesuai dimakan mentah manakala buah markisa kuning pula sesuai digunakan untuk penghasilan jus. Pulpa markisa boleh dijadikan jem, agar-agar, perasa ataupun campuran kepada yoghurt dan aiskrim. Selain mempunyai citarasa dan aroma yang unik, jus markisa merupakan sumber yang kaya dengan pro-vitamin A, vitamin C, niasin, dan riboflavin. Ia boleh dijadikan komponen untuk minuman sirap, kek, roti dan susu. Kulit buah markisa pula boleh dijadikan makanan ternakan.


2. Buah Kelubi

Ceq jgk bli buah kelubi.. buah ni mesti ramai yg tahu,, tambah2 kalu yg hantu jeruk. Buah ni gilaa punya masam.. Buah ni ceq beli kt Baling.. Kat sana bnyk sgt buah kelubi ni. Kalu balik Baling.. aku mesti nak cari buah kelubi ni.. Mkn yg fresh laa baru best.

Pokok Asam kelubi adalah sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Nama saintifik pokok Asam kelubi adalah Eleiodoxa conferta. Pokok ini hampir sama rupanya dengan pokok nipah tetapi lebih kecil. Tumbuh di kawasan hutan paya. Mempunyai buah yang sangat masam. Buahnya dijeruk dengan sedikit garam dan dinamakan jeruk kelubi.



3. Buah Limau Gedangsa.

Buah limau gedangsa ni ceq amik kt kg mak ceq kt Baling jgk..Paklong ceq yg dok tlg kaitkan buah ni bg kt ceq.. Buah ni lebih kurang sama ngn limau Bali.. tp yg berlainan nya adalah isi dia.. Limau gedangsa ni isi dia kemerah merahan dan limau Bali plak isi putih..

Banyk biji jgk ceq wak balik kulim hritu, pastu wak balik mai K.L ni.. Banyk sungguh buah ni. Rasanya tak penah tak berbuah pokok dia.. Seingt ceq , pokok ni dah tua dah,, sbb dr ceq kecik2 lg pokok ni dah ada dah,, smpai laa la ni, ceq pun dah beranak sorng dah, pokok ni masih setia lg dok kt situ, buah dia pulak tak putus2.. Sayang ceq ngn pokok ni.


laksa emak ku..



Laksa ni masa hari raya ke -3 hritu nun....
Tgk gambaq ni buat aku tringt2 laksa mak ku...
Sungguh marvellous.
Ini la laksa utara....
Resipi mcm besa la yer...
Ceq malas nak naip ni... huhuhu//
Jd kalu nk resipi, tnya ceq sndiri la noo...

Wednesday, October 20, 2010

hoho

yuhuuuu... lamanya aku tak update apa2 kt ini blog...
sbbnya aku sgt malas nak menaip dan jgk sudah tak tahu nk nulis apa..
crita bnyk ..bulan posa. raya . lepas raya .. jamuan raya .suma ada.
Tp aku sgt la tidak rajin nk berblog.
Skarang masih di opis, si Mia pn ku bwk skali ke sini ha...
Td ke hospital cek up tiroid..Everything is under control..
ok to be continued

bizi

kesibukan melampau this week....
haahhhhhh... penatt...