background

Thursday, October 21, 2010

Buah - buahan tempatan




Buah Markisa yg kt umah ceq


Salam... Ha ni entry ceq nak letak gambaq buah2 tempatan. Tp idak le bnyk nauu buah nya.. Ada 3 jenis buah ja Buah2 ni ceq dpt masa cuti raya kt kg ceq hritu nun.. kt kulim kedah nun.. Nak crita pasai buah yg satu ni,. Rasanya buah ni orng jrang dpt.. dn rasa ad stgh orng tak tahu pun buah apa tu. BUah markiasa... BUah ni ada kt umah ceq.. Mak ngn ayah ceq yg dok tanam pokok ni.. Ok ni ada sikit info ttg pokok ni... Info dr En. |Google. hehe 1. Buah markisa.

Pokok Markisa atau juga dikenali sebagai buah susu, merupakan sejenis pokok yang menjalar bagi mendapatkan cahaya matahari. Buahnya yang rasa sedikit masam dan manis boleh dimakan begitu sahaja ataupun dijadikan minuman. Kini terdapat jus markisa dijual di pasar raya atau kedai-kedai.

Pokok markisa ini terdapat di kebanyakan negara-negara tropika dan sub-tropika terutama di Australia, India, Kenya, New Zealand dan Hawaii. Markisa ditanam secara komersil di negara-negara berkenaan. Dua varieti yang biasa ditanam untuk tujuan ini ialah markisa berkulit warna kuning (Passiflora edulis f.flvicarpa) dan buah markisa berkulit warna ungu (Passiflora edulis sim).

Terdapat dua jenis markisa, satu berwarna kuning yang tumbuh di dataran tinggi dan satu lagi berwarna ungu. Walau bagaimanapun, rasa kedua-dua jenis ini adalah sama sahaja. Varieti kuning didapati lebih sesuai ditanam di Malaysia kerana boleh mengeluarkan hasil yang lebih tinggi berbanding varieti ungu. Varieti kuning ini telah dibawa ke Malaysia dari Australia dan Hawaii pada tahun 1960-an. Markisa ialah tanaman saka yang menjalar. Buah markisa mengeluarkan sulur paut dari pangkal daun. Bentuk daunnya bulat membujur dan rata di tepi.

Di Malaysia, markisa dari varieti kuning mula menghasilkan buah dalam jangka masa 5-6 bulan selepas tempoh penanaman dan jangka hayat pokok adalah lebih kurang 3 tahun. Lebih kurang 74 hari selepas pendebungaan, bunga akan menjadi buah yang bujur berukuran kira-kira 7 cm dan 6 cm dan mempunyai berat dalam lingkungan 8 g. Buah ini manis serta mempunyai rasa dan bau yang sedap apabila ranum.

Buah markisa boleh didapati sepanjang tahun tetapi puncak pengeluarannya ialah di antara bulan Disember hingga Januari dan Julai hingga Ogos. Indeks kematangan komersil untuk buah markisa adalah apabila buah tersebut jatuh dari tangkainya secara semulajadi. Maka barulah buah markisa tersebut boleh dituai. Ini selalunya berlaku selepas 75 hari selepas proses pendebungaan.

Buah markisa ungu sesuai dimakan mentah manakala buah markisa kuning pula sesuai digunakan untuk penghasilan jus. Pulpa markisa boleh dijadikan jem, agar-agar, perasa ataupun campuran kepada yoghurt dan aiskrim. Selain mempunyai citarasa dan aroma yang unik, jus markisa merupakan sumber yang kaya dengan pro-vitamin A, vitamin C, niasin, dan riboflavin. Ia boleh dijadikan komponen untuk minuman sirap, kek, roti dan susu. Kulit buah markisa pula boleh dijadikan makanan ternakan.


2. Buah Kelubi

Ceq jgk bli buah kelubi.. buah ni mesti ramai yg tahu,, tambah2 kalu yg hantu jeruk. Buah ni gilaa punya masam.. Buah ni ceq beli kt Baling.. Kat sana bnyk sgt buah kelubi ni. Kalu balik Baling.. aku mesti nak cari buah kelubi ni.. Mkn yg fresh laa baru best.

Pokok Asam kelubi adalah sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Nama saintifik pokok Asam kelubi adalah Eleiodoxa conferta. Pokok ini hampir sama rupanya dengan pokok nipah tetapi lebih kecil. Tumbuh di kawasan hutan paya. Mempunyai buah yang sangat masam. Buahnya dijeruk dengan sedikit garam dan dinamakan jeruk kelubi.



3. Buah Limau Gedangsa.

Buah limau gedangsa ni ceq amik kt kg mak ceq kt Baling jgk..Paklong ceq yg dok tlg kaitkan buah ni bg kt ceq.. Buah ni lebih kurang sama ngn limau Bali.. tp yg berlainan nya adalah isi dia.. Limau gedangsa ni isi dia kemerah merahan dan limau Bali plak isi putih..

Banyk biji jgk ceq wak balik kulim hritu, pastu wak balik mai K.L ni.. Banyk sungguh buah ni. Rasanya tak penah tak berbuah pokok dia.. Seingt ceq , pokok ni dah tua dah,, sbb dr ceq kecik2 lg pokok ni dah ada dah,, smpai laa la ni, ceq pun dah beranak sorng dah, pokok ni masih setia lg dok kt situ, buah dia pulak tak putus2.. Sayang ceq ngn pokok ni.


2 comments:

  1. masa aku balik meru time sakit tu..
    melantak buah ni.
    sedap woo...
    nak - nak kalau blender dgn susu n yogurt.
    mantop!
    yum yum yum!

    ReplyDelete
  2. ooooo..ayu kt umah hang ada ka pokok markisa ni...
    kalu ada nnti kalu balik sana hg bwk mai buah tu kt haku naaa...buat jus bestt kan.... owhhcmpur susu+ yogurt..nak try aa nti

    ReplyDelete