background

Wednesday, August 11, 2010

Yee Mee Ladna


Ini la yee mee ladna saya.. heheh
buat tuk MR MJ yg kelaparan time nih.. simple2 aja.
Ini resipinya... simple dan mudah je.

Bawang merah bwang putih
Yee mee segumpal
Isi aym/daging/sotong / udang
Air rebusan daging/ ayam ( kalu takde ni guna air kosong pn bule)
Sayur2 an ikut suka anda
Tepung jagung
Kicap cair
Kicap manis
Sos tiram
Garam secukup rasa
Gula sket (sbgai penambah rasa)
Telur
Cili padi diketuk( kalu yg suka pedas) saya suka ptg2 tabur atas je.. lebih sedap

Cara2nya:-

1. Tumis bwg merah dan putih hingga kekuningan, kemudian masukkan air rebusan diikuti dgn isi ayam /daging td.
2. Kemudian masukkan yee mee sbb dia ni jenis keras kalumasuk lmbt kang takut tak masak. dan masuk la sayur2 yg lmbt masak spt carrot. then masukkan kicap dan sos beserta tepung jagung. Pecah telur. Perasakan dgn garam.. masukkan cili padi.
3. Sedia dihidangkan..


P/s kalu ada serbuk pepper pun bule ditambah skali sodap jgk

Selamat mencuba..

1 comment:

  1. wah sgt sedap nampak nye tu..meh la kongsi resepi

    ReplyDelete